Jumlah Pengunjung

Friday 12 April 2013

MENTERI BESAR PAS KENA TUMBUK ???




Memang kecoh diperkatakan tentang pergaduhan di antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan Exco merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS I, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Hampir seluruh rakyat Kedah sudah tahu “perang politik dalaman” PAS Kedah itu.
Sebenarnya pergaduhan mereka sudah lama berlaku. Semuanya kerana perebutan kuasa dan mengidamkan kerusi empuk jawatan Menteri Besar. Kalau tidak kerana kuasa dan jawatan, tidak mungkin semua ini akan berlaku.
Ketika PAS berstatus sebagai pembangkang dulu, PAS bersatu. Tiada sebarang pergaduhan besar begini berlaku. Kalau gaduh sedikit-sedikit itu adalah. Biasalah, adat ahli politik dan masalah dalaman tidak mungkin dapat dipisahkan…
Sampai suatu ketika, pergaduhan antara Azizan dan Phahrolrazi itu tidak dapat disembunyikan lagi apabila Phahrolrazi dan ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh enggan dilantik semula menganggotai barisan Exco Kerajaan PAS Negeri Kedah.
Apabila pekung dalaman PAS Kedah itu terbongkar, PAS di peringkat Pusat terpaksa campur tangan dan sebuah jawatankuasa ditubuhkan. Jawatankuasa itu dikenali sebagai “jawatankuasa Pemandu”.
Dengan tertubuhnya Pemandu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang fikir segala kemelut dalaman PAS Kedah telah selesai. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat beriya-iya mahu mengadakan kenduri sempena selesainya kemelut tersebut.
Pada awal penubuhan jawatankuasa tersebut, Azizan dilaporkan enggan tunduk dengan “kuasa” yang ada pada Pemandu. Beliau tidak peduli dengan kewujudan jawatankuasa tersebut. Katanya, Menteri Besar di negeri lain tiada jawatankuasa itu, apa perlukan ia di Kedah?
Persoalannya, ke mana perginya Pemandu dari PAS Pusat itu? Pemandu itu sudah “tidur”, kah?
Bukan apa, sebuah kenderaan yang pemandunya tidur boleh mengakibatkan kemalangan ngeri dan kehilangan nyawa.
Kalau PAS Kedah “tertidur pemandu”nya, mungkin ia akan mengakibatkan PAS Kedah kalah teruk dan kehilangan kuasa di negeri Kedah.
Terpampang disana-sini poster Azizan yang mahu mengekalkan kuasa PAS di Kedah. Tapi dengan keadaan PAS Kedah yang tiada “Pemandu” dan bergaduh sakan begini, jangankan kekal berkuasa, malah kekalkan kerusi DUN sedia ada pun belum tentu, kan?
Mungkin benar telahan rakyat Kedah. Mungkin benar ini semua balasan Allah SWT. Dulu kononnya PAS lebih hebat memerintah Kedah. Padahal nak selesaikan masalah dalaman pun riuh-rendah. Habislah PAS Kedah kali ini…


No comments:

Post a Comment

Member BSK