Pages

Wednesday, 29 May 2013

Jusof Kalla Perlu Dedahkan Butiran Perjanjian Najib-Anwar !!!



Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla ada sebab untuk merasa kecewa apabila rakan baiknya, Anwar Ibrahim gagal mematuhi perjanjian bertulis yang dibuat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Antara terma pernjanjian yang sudah diketahui ramai ialah perlunya kedua-dua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13, yang mana ia dicadangkan sendiri oleh Ketua Umum PKR namun akhirnya Anwar sendiri yang memungkiri janji.

Anwar seperti sengaja melupakan perjanjian yang dimeterainya dan cuba berdolak-dalih menyalahkan SPR yang didakwanya sebagai punca pakatan pembangkang yang diketuainya melakukan siri bantahan terhadap keputusan PRU-13.

Walhal umum tahu, jika wujud penipuan seperti yang didakwa, tentu sahaja prestasi BN jauh lebih baik dari sekarang manakala PR di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang akan memboikot acara angkat sumpah.

Sebagai orang tengah yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian tersebut, tentulah Jusof berasa seperti dipermainkan apabila rakan baiknya sendiri bertindak demikian sedangkan Dato' Seri Najib sehingga kini mematuhinya.

Inilah keperibadian sebenar Anwar yang terkenal dengan sikap hipokrit dan mungkir janjinya yang gagal difahami oleh bekas Naib Presiden Indonesia itu.

Difahamkan, antara isi kandungan perjanjian itu turut melibatkan isu pencerobohan Lahad Datu, dendam politik dan persaraan Anwar seandainya pakatan pembangkang yang diketuainya kalah.

Perkara ini memerlukan pengesahan rasmi dari Jusof Kalla. Anwar sudah mungkir janji maknanya tiada guna lagi untuk Jusof menyimpan rahsia yang berada dalam pengetahuannya.

Berikutan itu, amatlah wajar sekali untuk Jusof tampil mendedahkan keseluruhan butiran kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat lebih memahami dan dapat mengenali betapa munafiknya Anwar Bin Ibrahim.




6 PEMIMPIN PEMBANGKANG MAKAN TAIK DALAM LOKAP !!!



Enam pemimpin pembangkang di lima buah negeri hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kesemua mereka didakwa gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mei lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan serupa berhubung perhimpunan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

DI IPOH, dua pemimpin pembangkang di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan dua perhimpunan di bandar raya ini pada 9 dan 12 Mei lalu.
Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, 47, daripada DAP dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Mohammad Anuar Zakaria, 46.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Keong Siong yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Wisma Chin Woo.

Mohammad Anuar pula didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa sama, 12 Mei lalu di perkarangan Ibu Pejabat PKR Perak, dekat Medan Istana, Bandar Ipoh Raya.

Mereka berdua yang memakai suit hitam didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.
Keong Siong diwakili barisan 10 peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo sementara Baldip Singh mengetuai tiga peguam yang mewakili Mohammad Anuar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhi Abdul Wahab yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu bagi menjamin kehadiran mereka di mahkamah.
Gobind bagaimanapun membantah cadangan itu dengan alasan anak guamnya hanya merupakan orang kena saman (OKS) dan kes itu tidak melibatkan sebarang kekerasan.

Julie kemudian membenarkan Keong Siong dan Mohammad Anuar masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 19 Julai ini.
DI BUTTERWORTH, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran di Stadium Negeri Batu Kawan pada malam 11 Mei lalu.

Eu Leong yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke stadium berkenaan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Eu Leong, 44, yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudian membenarkan Eu Leong dibebaskan tanpa sebarang jaminan sementara menunggu sebutan kes yang ditetapkan pada 27 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamdzah Othman manakala Eu Leong diwakili sekumpulan lapan peguam diketuai R.S.N. Rayer.

DI SEREMBAN, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Seremban dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan pada pertengahan bulan ini.

Mohd. Nazree, 29, sebagai penganjur program Ceramah Umum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di tapak tempat letak kenderaan di sebelah Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini pada pukul 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Mohd. Nazree selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad
Akram Gharib manakala Mohd. Nazree diwakili peguam Tang Jayson, Cha Kee Chin, dan Hanif Hasan.

Jagjit kemudian memutuskan untuk membebaskan Mohd. Nazree dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 25 Jun ini.

DI JOHOR BAHRU, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, R. Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa menganjurkan perhimpunan pada 15 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan bahawa Yuneswaran tidak perlu diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.
DI KUANTAN, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan perhimpunan di Jalan Beserah pada 14 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 14 Mei lalu di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah di sini.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Kamarzaman diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 27 Jun ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala Kamarzaman diwakili peguam, Mohd. Nizam Hamid.



BABIKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK SIAPA ???



Satu perkara yang perlu difahami oleh khalayak apabila timbul tuduhan oleh pemimpin PR terhadap pihak lawan, penting diketahui kebiasaanya tohmahan itu menggambarkan apa yang sedang dan telah dilakukan oleh PR.

Maksudnya, bila mana pemimpin PR sibuk mencanang wujud salah laku rasuah dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN, maka yang sebetulnya ialah amalan rasuah sudah lama mendarah daging di kalangan pemimpin PR.

Amalan politik wang dalam UMNO misalnya, ia hanya wujud selepas kehadiran Anwar dalam parti itu dan agak memuncak ketika Ketua Umum PKR itu berusaha untuk merampas jawatan Timbalan Presiden daripada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Sebelum itu, semua pemilihan dalam UMNO dilakukan secara bersih tanpa melibatkan wang ringgit dan kini bila Anwar berada dalam PKR dan mengetuai PR, gejala yang sama menjangkiti PKR dan rakan sepakatannya seperti DAP dan PAS.

Demikian bila PR rancak memperkatakan berlakunya penipuan dalam pilihan raya kelolaan SPR, maka ketahuilah tipu daya dan silap mata dalam pemilihan parti-parti gabungan PR sudah lama menjadi adat kebiasaan.

Tengok sajalah apa yang berlaku dalam pemilihan DAP yang hiruk piruk dan serba meragukan baru-baru ini di mana Zairil Khir Johari atau nama sebenarnya Christopher Ross Lim yang tersingkir dari pemilihan tiba-tiba saja menjadi anggota CEC DAP. Ajaib, bukan?

Begitu juga dengan pemilihan PKR sekitar 3 tahun lalu di mana wujud penipuan jumlah mengundi dan berlaku kekecohan sana sini sehingga kerusi dan meja berterbangan.

Kini dalam PRU-13, mereka sibuk memperkatakan mengenai penipuan yang kononnya dilakukan oleh SPR walhal yang berlaku sebenarnya ialah cubaan PR untuk mengalih pandangan umum dari membicarakan kemungkinan yang melakukan penipuan ialah PR sendiri.

PR yang melakukan konspirasi mengupah warga Bangladesh untuk berlakon sebagai pengundi, kemudian mengarahkan pula penyokongnya dari keturunan India berlakon sebagai warga asing, tapi akhirnya SPR yang dituduh semata-mata untuk menimbulkan keraguan umum.

Dalam kes yang lain pula, warga Sabah dijadikan sebagai bahan taruhan politik apabila dituduh sebagai pengundi hantu sedangkan di masa yang sama puluhan ribu warga China yang 'hilang' kemudian mengundi untuk PR cuba disembunyikan.

Untuk mewujudkan momentum kemarahan di kalangan penyokongnya pula, PR menyebarkan pula beberapa video parodi yang dilakonkan bagi menyakinkan khalayak kemudian menganjurkan himpunan blackout di merata-rata tempat.

Semua ini sebenarnya hanyalah satu taktikal strategik yang dilaksanakan semata-mata untuk menutup kejahatan mereka sendiri dengan harapan rakyat akan bangkit di jalanan sama seperti Arab Spring yang berlaku di beberapa negara Arab.

Menyedari hakikat ini, amatlah perlu untuk rakyat Malaysia berlapang dada setiap kali wujudnya tohmahan atau tuduhan dari pemimpin PR, jangan sesekali tertipu untuk kali yang seterusnya.


Tuesday, 28 May 2013

KETAHUI GERAKAN RED BEAN ARMY !!!



Cerita Red  Bean Army memang masih panas, apa tidaknya, smua kerana diorg ni di gaji oleh DAP sebanyak rm3000 sebulan utk menfitnah kerajaan dan melagakan bangsa melayu sesama melayu. Panas je bunyikan.. tapi itulah hakikatnya, gerakan red bean army memang licik. Bayangkanlah mereka ini semua berbangsa cina tetapi mereka sudah mempunyai akaun Facebook melayu yg mereka buat semata mata utk mengaburi mata org melayu sendiri. Kita perhatikan sendiri skrg semakin byk akaun facebook org melayu tapi kita tak kenal siapa mereka sebenarnya. Diorglah yg banyak menghasut dan melagakan sesama melayu, dengan ada yg bersembunyi di sebalik akaun seorg muslim. Tugas mereka senang, utk menampakkan diri mereka itu seorg islam mereka hanya perlu copy paste je surah2 dari alam maya ni.

Memang ramai anak muda yg tidak perasan akan hal ini. Aku harap kawan2 blogger aku yg lain akan terus membongkar misi red bean army ini supaya anak muda yg sntiasa di alam maya sedar akan misi jahat cina DAP ini. Yg paling aku kesalkan adalah ada org melayu dari parti PAS pula menyokong tindakan Red Bean Army ini. Tolong la bro.. cina gampang tu ada gaji rm3000 sebulan, korang dapat apa ? dapat pahala lagi ? tak kan boleh dapat pahala kerana kerja nk membantu cina Komunis kristian di malaysia... agak2 la.. apa2 pon aku harap pembaca semua slepas ini dapt perhatikan kawan2 di facebook atau twiteer masing2 supaya tidak terjerat dan tertipu oleh Red Bean Army dan balaci PAS..






Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.

"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.
Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.




Monday, 27 May 2013

MENGAPA ANWAR KENCING SEMUA MANUSIA ???



Pendedahan terbaru tentang anwar ibrahim kali ini memang menggemparkan seluruh dunia. Mana tidaknya, lepas satu satu janji yang di tabur oleh anwar tak pernah hendak tunaikan, bagi aku inilah manusia akhir zaman yang nabi pesan, " pemimpin yang bila berjanji dia akan memungkirinya" .
sampai bila akan berakhirnya episod huru hara yg anwar sedang lakukan skrg. Terkini rupa rupanya sebelom pilihanraya di adakan, anwar berjanji lagi dihadapan bekas presiden indonesia. Apa pon korang baca bukti trbaru di bawah..




Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.
 
Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.

"Saya sendiri pernah menemui Jusuf sebelum menjadi Naib Presiden Indonesia dan tahu beliau merupakan sahabat baik Anwar sejak dahulu.
"Jika Jusuf sendiri yang telah lama menjadi kawan baik Anwar pun telah ditipu, apatah lagi rakyat biasa di bawah. Sebab itu rakyat perlu menilai semula sokongan mereka kepada Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Jusuf kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Anwar telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13 lalu.

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
WSJ juga melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menyifatkan pendedahan Jusuf itu sebagai bukti jelas Anwar hanya berjuang untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata dan bukannya bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, tindakan menolak keputusan pilihan raya cuma alasan bagi mengheret rakyat berhimpun kononnya pakatan pembangkang telah menang.
"Sepatutnya Anwar kena terima keputusan rakyat seperti janjinya kepada Jusuf serta percaya kepada qada dan qadar.

"Jika janji dengan sahabat baik sendiri yang telah banyak membantu pun Anwar tidak mahu tunaikan, bayangkan pula janji dia kepada rakyat biasa. Langsung tiada nilai," ujarnya sinis.

Sunday, 26 May 2013

KECOH...PERGADUHAN DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!



Dalam kemeriahan sambutan Festival Belia Putrajaya 2013, penganjur turut menganjurkan aktiviti dan program yang ada seperti sambutan Hari Belia Negara tahun lepas. Antara aktivitinya adalah Muay Thai yang terdapat dalam segmen Fit and Fitness. Bertempat di hadapan Galeria dan di perkarangan jalan utama, gelanggang Muay Thai amat mudah untuk dikunjungi. Berlangsung selama 2 hari iaitu 25 dan 26 Mei pasti menjanjikan aksi-aksi dan pertarungan yang hebat.

Peserta yang terlibat terdiri dari yang amatur hinggalah yang bertaraf professional turut serta dalam pertarungan yang diadakan selama dua hari ini.



MENTERI BELIA DAN SUKAN LANGGAR MAT REMPIT !!!



Malam ketiga Festival Belia Putrajaya 2013 gempar dengan bunyi motosikal yang menyertai pertandingan Drag Race yang berlangsung di belakang Istana Kehakiman Putrajaya. Perlumbaan yang bermula sejak siang hari ketiga festival ini berlangsung, pada malamnya telah dilancarkan secara rasmi oleh YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Perjumbaan yang terbagi kepada beberapa kategori seperti 4 stroke, 2 stroke dan Terbuka ternyata menarik minat anak muda yang gemar dengan sukan lumba motorsikal. Drag Race ini adalah perlumbaan motorsikal yang mengunakan trek lurus dan kiraan masa bagi menentukan pemenang bagi setiap perlumbaan.

Pada malam perlancaran ini YB Khary Jamaluddin yang datang bersama isterinya Puan Nori Tun Abdullah turut melepaskan pelumba dan baca seterusnya...

#FBP13 - JANJI ANWAR MELAMBANGKAN DIRINYA FIRAUN !!!



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau akan terus memimpin Pakatan Rakyat sungguhpun berjanji sebelum ini untuk berundur daripada politik.

Anwar berkata beliau tidak dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?. Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini.

Anwar yang memperhebatkan kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum PRU13 dan semakin lantang selepas pilihanraya diadakan berulang kali mendakwa penipuan besar-besaran berlaku.

PKR mengugut untuk menfailkan 27 petisyen pilihanraya untuk keputusan pemilihan disemak semula.

Bagaimanapun tuduhan-tuduhan kononnya berpuluh ribu rakyat Sabah dan warga asing di bawa masuk ke Semenanjung setakat ini untuk mengundi secara haram, tidak disokong dengan bukti nyata.

Begitu juga dengan tuduhan bekalan letrik di beberapa kawasan di potong bagi membolehkan kotak undi tambahan di bawa masuk untuk memenangkan calon BN.

Sebelum ini, Anwar pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.

Kelmarin Anwar dibidas oleh bekas Naib Presiden Indonesida Yusuf Kalla kerana memungkiri janji untuk menerima keputusan PRU13.










Saturday, 25 May 2013

POLIS CARI RED BEAN ARMY SAMPAI LUBANG CACING !!!





Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu.
 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata, prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.

Beliau berkata, 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya.











Friday, 24 May 2013

ESOK ANWAR AKAN DI TAHAN PIHAK POLIS ???



Kedegilan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan meneruskan siri perhimpunan 'blackout 505' walaupun tiga aktivitis mereka ditahan polis, tidak menggentarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendengar ratusan kali kenyataan Anwar yang tidak gentar ditahan polis dan akan terus berjuang bersama rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya tak kisah apa yang nak dia (Anwar) cakap. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan bukan sahaja terhadap Anwar tetapi mereka yang cuba huru-harakan negara.

"Apa yang telah dilakukan polis (menahan tiga aktivitis pembangkang) bukan satu langkah pembendungan secara politik tetapi ia adalah tindakan profesional polis selepas melakukan penyiasatan sebelum tangkapan dibuat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Syuhadah, Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.





FITNAH PILIHANRAYA ANWAR BOCOR !!!



Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi."Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.



KANTOI... AIR ASIA MEMPERBODOHKAN MANGSA MELAYU !!!



Penumpang malang pesawat tambang murah AirAsia, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, menafikan menerima sebarang bantuan daripada syarikat penerbangan itu selepas dia dan anaknya Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang menaiki pesawat di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke tanah air baru-baru ini.
 
Malah, kata Izan Suhaila, dia kecewa dengan sikap lepas tangan AirAsia ketika berada di Vietnam dan berasa dipermainkan selepas hanya menerima panggilan daripada syarikat penerbangan itu yang menawarkan tiket percuma selepas selamat tiba di negara ini.

"Saya tegaskan di sini, tiada apa bantuan pun diperoleh daripada syarikat AirAsia selepas saya dihalang menaiki pesawat penerbangan itu. Tiada siapa yang membantu saya daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (AirAsia) tidak langsung menawarkan sebarang bantuan, malah saya terus mengambil teksi pada pukul 11 malam di negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, malam ini.

Kenyataan Izan Suhaila itu berbeza dengan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar yang mendakwa, ibu malang berkenaan menolak bantuan pihaknya kerana sudah menerima bantuan daripada pihak lain.

Aireen seperti laporan Buletin Utama di TV3 malam tadi berkata: "Pihak kami telah tawarkan bantuan kepada Suhaila Mohd. Alian, termasuk balik dengan percuma pada ketika ini (itu), tetapi saya rasa puan Izan (Izan Suhaila) telah dapat uruskan dengan pihak lain, jadi kami hormati bantuan diberi pada masa dan hari yang sama."

Sementara itu, Izan Suhaila berharap kejadian yang menimpa dia dan anaknya tidak berlaku kepada individu lain pada masa akan datang.
"Saya sedih dan tidak mahu bercakap mengenai AirAsia lagi. Apa yang berlaku ini sesuatu yang tidak dapat diterima. Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain.

"Mujurlah saya ada ahli keluarga yang dapat membantu ketika saya dan anak berada dalam kesulitan. Tetapi cuba bayangkan jika individu yang terkandas itu tidak mengenali atau mempunyai sesiapa di negara orang yang boleh diminta bantuan atau dihubungi," katanya.
Pada 18 Mei lalu, Izan Suhaila dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea menghidap demam campak.

Ibu berkenaan dan anaknya berjaya dibawa pulang ke tanah air selepas dibantu Malaysia Airlines System Berhad (MAS) dan Tourism Malaysia.
Sebelum ini, kakak Izan Suhaila, Norhamiza mempersoalkan kewajaran AirAsia memaksa adiknya itu tinggal selama lima hari di Vietnam sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.



AKHBAR HARAKAH, SUARA KEADILAN DAN THE ROCKET DI RAMPAS !!!



Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
 
KDN dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.

Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk encetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.

"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu.




APA TERJADI DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 !!!



Tanggal 15 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Belia Negara. Apakah signifikan kepada tarikh tersebut sehingga kerajaan Malaysia menjadikan setiap tahun pada tarikh itu untuk meraikan belia-belia negara? 15 Mei dipilih sebagai menghargai belia-belia negara dan sebagai satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap golongan yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Putrajaya dipilih sebagai lokasi utama bagi sambutan Hari Belia Negara kerana dipercayai pemimpin yang telah membangunkan Putrajaya harus dihargai dengan pengisian program-program yang bermanfaat dan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah lokasi yang meriah, penuh dengan anak muda.

Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir dengan kemenangan berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional. Rakyat masih mempercayai kredibiliti pemimpin-pemimpin yang telah dipilih bagi meneruskan lagi transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat percaya dengan memilih mereka ini mampu menyelesaikan pelbagai perkara yang masih tertangguh dan rakyat berpegang kepada prinsip Aku Janji Barisan Nasional iaitu ‘Janji di Tepati’.
Bertitik-tolak dari pemilihan itu, golongan belia baca seterusnya...

Thursday, 23 May 2013

SIARAN LANGSUNG PERASMIAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 !!!

Untuk mengikuti siaran secara langsung Perasmian Festival Belia Putrajaya 2013 sekarang anda boleh terus melngikutinya pada link yang aku sediakan diatas..

Harap korang enjoy...




HARI PERTAMA FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 !!!



Perh.. apa yg terbaik ada di putrajaya skrg ? atas pengalaman aku yg baru smpai disini memang program kali ini terbaik dari tahun lepas..

Aku akan lampirkan beberapa gambar sekitar program yg akan berlansung selama 4 hari disini, atau utk lebih maklumat program serta perkembangan di putrajaya korang boleh terus pergi ke http://www.suaragenerasibaru.com/   

Untuk ringkasan apa yg ada disini sila lihat dan baca gambar di bawah..






18 ANAK HARAM DI TANGKAP TERMASUK 4 PELACUR DI DEPAN BALAI POLIS JINJANG !!!


 Inilah sandiwara terbaru yg sedang dilakukan oleh perosak negara hasil dari percaturan Anwar dan DAP. Mereka berkumpul beramai2 di hadapan balai polis jinjang utk mendesak pihak polis melepaskan adam adli. Bodoh dan bangang dapat aku katakan tentang perbuatan mereka malam tadi. Mereka bertindak begini seolah-olah mereka mempunyai kuasa utk menakutkan pihak polis malaysia.

Atas sikap biadap mereka satu perhimpunan haram telah diadakan oleh sekumpulan anak haram di luar Pusat Tahanan Jinjang bagi usaha bodoh menggesa membebaskan Adam Adli yang ditahan kerana kesalahan menghasut rakyat utk menghuru-harakan negara.

Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam tadi untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar biadap Adam Adli.

Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam tadi terdiri daripada 14 lelaki tidak bermaruah, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita murahan.

Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan mencabar pihak berkuasa yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka akan didakwa atas tuduhan hasutan pagi ini.








TINGKAH LAKU PAS DI KETAHUI ALLAH !!!



Kebelakangan ini kerap pula para pemimpin PAS tampil membuat kenyataan di media massa menegaskan parti itu tidak menyokong sebarang bentuk bantahan jalanan serta turut menafikan penglibatan atau kaitan langsung dengan dengan penganjuran Himpunan 505.

Nama lain bagi himpunan itu ialah Suara Rakyat 505 atau pun popular juga dengan panggilan Black 505, dikelolakan oleh geng Asal Bukan UMNO (ABU) yang mana ketuanya ialah Badrul Hisham Shaharin dan Haris Ibrahim yang cukup rapat dengan PKR.

Tujuan penganjuran kononnya untuk membantah penipuan yang dikatakan berlaku semasa PRU-13 tempohari walau hakikatnya motif utama ialah untuk meniru demonstrasi jalanan ala Arab Spring sekali gus bermaksud untuk menggulingkan Kerajaan melalui kaedah jalanan.

Namun bila mana satu demi satu pemimpin PAS yang serba prihatin ini mengkritik penganjuran bantahan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu nanti, ia membayangkan seolah-olah andainya bantahan jalanan itu tetap juga berlangsung maka ia sama sekali tidak melibatkan PAS.

Mereka bertegas betapa pentingnya keamanan dipertahankan dan amat perlunya bantahan sebegitu ditolak kerana dibimbangi sukar dikawal dan menjadi bibit-bibit awal kepada keganasan serta kekerasan.

Seimbas lalu dengan kenyataan demi kenyataan pemimpin PAS itu makanya tiada seorang pun ahli PAS mahu pun penyokongnya yang akan hadir di demonstrasi yang dianjurkan oleh NGO yang rapat dengan rakan sepakatan PAS dalam PR.

Itu juga bermakna tiada seorang pun pasukan 'pengakap' dari Unit Amal PAS yang akan tampil mengetuai bantahan itu sambil menjaga keselamatan peserta.

Mungkin perubahan sikap PAS ini demi menjaga nama baik parti setelah dalam beberapa siri bantahan terdahulu yang dianjurkan oleh NGO Bersih, ternampak sangat penglibatan dalam demonstrasi ganas sebelumnya.

Tapi betulkah PAS sudah berubah dan menolak bantahan Black 505 serta langsung tidak akan menyertai demonstrasi itu?

Dengar boleh, percaya jangan. Dalam bab bermain sandiwara manis dalam media tapi belakang lain cerita sudah lama jadi asam garam PAS. Ini semua politik untuk jaga imej tapi bila tiba hari berlangsungnya bantahan jalanan, ahli dan penyokong PAS yang paling ke depan.

Tengok sajalah semasa demonstrasi ganas Bersih 2.0 dan 3.0 dulu, awal-awal cerita hampir kesemua pemimpin PAS menolak keganasan, tapi waktu berdemontrasi sebahagian pesertanya adalah ahli dan penyokong PAS.

Keadaan sama pasti berulang sebab PAS dan sandiwara jarang sangat berpisah. Wayang penolakan yang dilagukan oleh pemimpin-pemimpin PAS tika ini sekadar untuk mengalih pandangan semata-mata.

Jika bukan demikian seeloknya PAS membuat satu ketetapan rasmi yang jelas samada melalui Presiden atau Mursyidul Amnya bahawa PAS memang tidak akan terlibat dalam bantahan jalan Black 505 ini dan menyeru ahli serta penyokongnya untuk menghindarinya.




Wednesday, 22 May 2013

CEO AIR ASIA DAN ANWAR IBRAHIM... PERJUANGAN SEKS MEREKA SAMA !!!



Azran Osman-Rani ni rupanya anak Rani bin Ibrahim. Abang kepada Anwar bin Ibrahim, patutlah hobi berhias ala-ala LGBT sama. Dari spesis yang sama rupanya. Kecilnya la dunia ni. Patut la beria2 dia menghentam akhbar melayu yang sangat di benci oleh Anwar Ibrahim, rupa2nya ada kaitan...

Sementara itu beberapa blog terutama yang berkaitan dengan politik sejak semalam menyiarkan gambar-gambar yang didakwa merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Osman Rani dalam solekan tebal menyerupai wanita. Syabas lah, aku sokong bila semakin ramai blogger melondehkan siapa azran rani lagi.

Tidak diketahui tujuan eksekutif paling tidak rasis berkenaan berpakaian demikian, namun banyak penulis blog memberikan tafsiran masing-masing.

Ada mengatakan, jika Azran tidak dapat memberikan penjelasan mengenai hal itu, maka dia layak dikutuk.