Jumlah Pengunjung

Tuesday 30 April 2013

APA DAH JADI PADA ORANG TUA NI !!!



Semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Balai Polis Pagoh baru-baru ini telah memakbulkan hajat seorang lelaki tua yang BACA SETERUSNYA...



PENDUDUK KAMPUNG JAWA LENGA MELOMPAT ???




Bertempat di kampung Jawa Lenga DUN Bukit serampang, satu majlis doa selamat telah diadakan semperna majlis perkahwinan anak kepada tuan rumah En. Salimin Bin Hj Nawawi. Tuan rumah telah berbesar hati menjemput Calon DUN N.07 Bukit Serampang Hj Ismail untuk bersama memeriahkan majlis pada malam itu sekali gus dapat memperkenalkan diri kepada penduduk di situ.

Rata-rata para tetamu yang hadir BACA SETERUSNYA...



SIAPA BERANI MASUK PERTANDINGAN BADMINTON NI ???




Penyertaan adalah PERCUMA...

TERBUKA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA...

PENYERTAAN ADALAH TERHAD KEPADA 40 REGU SAHAJA...

UNTUK MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH TERUS MENHUBUNGI BACA SETERUSNYA...






NASIB MAT REMPIT DI PAGOH JOHOR !!!




 Sebuah syarikat membaiki motor telah membuktikan kepada seluruh penduduk di parlimen Pagoh bahawasanya mereka adalah antara anak muda yang menjadi kebanggaan kawasan di situ. Status mat rempit yang selalu di gambarkan oleh masyarakat sebagai remaja yang bermasalah telah mereka buktikan dengan kejayaan di peringkat kebangsaan. 
Sebuah bengkel motosikal FMC MOTOR yang di miliki oleh MOHAMMAD FARID bIN ALUI telah membuktikan kejayaan demi kejayaan. Di tubuhkan pada tahun 2008 di kawasan pekan Pagoh telah mendapat BACA SETERUSNYA...





PAK JABIT BANGANGKAN PAS !!!




Woi Bang Non!!! Tak payah la hang nak susah - susah dok 'repair' orang lain punya sokongan. Hang sapa nak pertikaikan pasal orang lain?

Apa? Hang ingat hang tuhan ka nak pi perbetuikan sokongan orang? Hang ingat hang ada kuasa ka nak pi tukaq sokongan Hadi Awang tu?

Woi Bang Non!!! Sedaq diri la sikit!!! Orang PAS tak mau sokong la Parti Kencing Rakyat hang tu sebab hang kuat menipu!!! Itu perkara pasti yang semua orang tau.

Malah, jangan kata rakyat biasa. Malah penyokong tegaq macam Pak Jabit ni pun tak sokong parti songsang hang tu tau!!! Depa semua pakat nak undi PAS ja!!!



Bila orang tanya, pasai pa Pak Jabit tak mau undi PKR, Pak Jabit jawab, undi tu hak dia, bukan hak orang lain yang nak tentukan. Dia nak sokong sapa, tu dia punya pasai!!!


Jadi, tak payah la hang nak merepek benda yang bukan - bukan!!! Terima aja la hakikat Bang Non oi!!! Orang PAS memang tak mau hang jadi Perdana Menteri. Depa tau, kalau hang jadi PM, habis pelingkup negara hang buat Bang Non oi!!!


AWNAR UGUT TEMBAK NALLA ???




Satu lagi laporan polis telah dibuat oleh Nallakaruppan apabila dia menerima SMS daripada nombor yang tidak dikenali pada 28 April 2013 jam 11:57 malam. Dalam SMS tersebut, Nallakaruppan telah diugut akan dibunuh sekiranya terus memburuk-burukkan nama dan peribadi Anwar Ibrahim.

Berikut adalah SMS yang telah dihantar kepada Nallakaruppan menggunakan nombor 012-3586173:

'Nalla Keling Keparat, anjing UMNO... sudah berapa kali saya cakap pasal DSAI tapi kau degil. Takpe, akan aku tembak mulut cibai kau sampai mati. Ingat, sebelum 5/5/13 kau akan mati. 6/5/13 DSAI akan jadi PM. Saya sumpah akan tembak kau dalam seminggu kalau kau anak jantan jangan lari. Kalau kau pondan, larilah ke luar negara. Akan tamatlah kisah anjing UMNO.'

Dua minit sebelum SMS tersebut diterima, Nallakaruppan telah dihubungi menerusi nombor berkenaan sebanyak dua kali. Bagaimanapun, Nallakaruppan tidak sempat menjawab.

Nallakaruppanmengakui, dia tidak pernah menerima panggilan atau SMS daripada nombor tersebut kecuali pada hari kejadian.

Menurut Nallakaruppan lagi, sesekali terdapat beberapa buah kenderaan tidak dikenali bergerak perlahan di hadapan rumahnya, dan pemandu-pemandunya pula sering meninjau-ninjau ke dalam rumahnya.

Dalam kesi ini, Nallakaruppan tidak mengesyaki sesiapa tetapi pada tahun 2008, seorang rakannya dari Barisan Nasional ada memberitahunya bahawa sebelum Nalla menjadi ahli BN dan masih menganggotai PKR, seorang kawannya telah mengaturkan orang untuk mengacaunya semasa dia berkempen.

Kawannya itu bernama JANAPALA.

Polis sedang menyiasat kes tersebut.




Monday 29 April 2013

PAS JILAT LUDAH DAP !!!




Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman. 

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara. 

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.




MASYARAKAT TIONG HUA TERBAKAR !!!




Pada petang sabtu yang lalu, CALON BARISAN NASIONAL dari N.07 telah mendapat satu keyakinan oleh penduduk kaum tiong hua di pekan Lenga. Mereka telah berjanji untuk terus memberikan sokongan kuat kepada Hj Ismail dan juga Calon Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU ke 13 yang semakin hampir.


Kata mereka, BARISAN NASIONAL tidak pernah baca seterusnya...






TERKINI... PAS TAK PUAS HATI DENGAN CARA DAP JOHOR !!!




Menangis pulak ler puak-puak PAS apabila Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata PAS tidak layak mendapat undi daripada masyarakat bukan Islam. Malah Norman secara terbuka, menuduh PAS merupakan rakan yang tidak amanah dan pada bila-bila masa sahaja boleh menikam belakang DAP.


Semuanya kerana ulasan Hadi Awang yang menyatakan, 'tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada bukan Islam' sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 beberapa hari sahaja lagi.

Ketika PAS bersungguh-sungguh menaikkan bendera DAP bersama-sama bendera PAS di merata-rata tempat, DAP Johor pula mengambil sikap yang bertentangan. Bagi DAP Johor, PAS langsung tidak boleh dipercayai memandangkan PAS enggan tunduk dan menerima secara mutlak dasar-dasar serta manifesto Pakatan Rakyat.

PAS beberapa hari lepas, kembali bercakap tentang HUDUD dan menyatakan bahawa hukuman syariah itu akan dilaksanakan sekiranya PAS mendapat kuasa. Biarpun beberapa pemimpin tertinggi PAS cuba bertaqiyyah dan menyembunyikan hasrat mereka, sambil menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan HUDUD sekiranya berkuasa, nampaknya kenyataan keras Timbalan Mursyidul Am PAS, Harun Din Al-Hafiz nampaknya lebih dipercayai dan diterima oleh para pemimpin DAP.

Ini adalah kerana Harun Din jarang bercakap dan mengeluarkan kenyataan biarpun sebenarnya berbanding Nik Abdul Aziz, Harun Din dilihat lebih berwibawa dan lebih berilmu serta ramai pengikut. Harun Din juga lebih disegani oleh pihak lawan kerana keilmuwannya berbanding Nik Aziz yang sembrono dan kerap kali memperlihatkan ketokohannya sebagai BADUT dan PAK LAWAK AGAMA.

Norman Fernandez telah menyatakan bahawa PAS tidak akan mendapat undi daripadanya. Selaku orang nombor dua DAP Johor, Norman Fernandez pastinya mempunyai pengaruh serta pengikut yang tersendiri. Malah dia dengan beraninya menyatakan, dia tidak gentar dengan tindakan yang bakal diterimanya daripada DAP Pusat yang sehingga kini masih cuba berselindung demi mendapatkan undi daripada masyarakat Islam biarpun pada masa yang sama, melihat masyarakat Islam di negara ini sebagai GOLONGAN BODOH YANG MUDAH DIPERBODOHKAN, terutama sekali yang menjadi ahli PAS!!! baca seterusnya...





Sunday 28 April 2013

TINDAKAN TERDESAK LIM KIT SIANG MENIPU DALAM CERAMAH !!!




Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.




TERKINI.. TAKTIK KOTOR DAP KEPADA JENICE LEE !!!




DAP Serah Bukti Kepada SPRM Bekas Wakil Rakyatnya Rasuah

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai. 

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan. 

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.





HUSAM MUSA RELA LUDAH MUKA IBU KANDUNG ???






Husam dikatakan membuat kenyataan biadap pada satu ceramah di Putrajaya semalam mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.



  • kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu dan wajib diambil tindakan tegas supaya tidak sewenang-wenangnya mencari keuntungan Politik dengan menabur fitnah melampau
  • Beliau sepatut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.
  1. Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam yang dilakukan oleh dua individu bermotosikal
  2. Pakatan Pembangkang  tidak sepatutnya mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.
  3. Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.
  4. Undilah BN demi kestabilan serta keamanan Negara jangan gadaikan keamanan Negara serta terpedaya dengan dakyah politik Pakatan Pembangkang yang cuba memecahbelahkan serta menghasut Rakyat supaya membenci Kerajaan.



SAH... TIGA PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLIBAT DALAM SERANGAN DI LAHAD DATU ???



Ketika ditanya oleh wartawan, Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan memberitahu bahawa tiga pemimpin Pakatan Rakyat telah dikenalpasti sebagai antara dalang serangan lanun Sulu di Lahad Datu pada awal Mac lalu, namun pengumuman dan tindakan hanya akan dilakukan selepas PRU, orang yang paling cepat melatah adalah TIAN CHUA.

Tian Chua adalah Naib Presiden PKR yang menuduh PDRM bersandiwara mengikut skrip UMNO dan Barisan Nasional.

Kenyataan biadapnya itu telah menimbulkan kemarahan di seluruh negara. Tian Chua cuba mengaitkan UMNO dan menyatakan bahawa laporan tersebut adalah fitnah UMNO dan Barisan Nasional walaupun sebenarnya yang melaporkannya adalah SUARA KEADILAN dan sumbernya pula adalah daripada TWITTER Tian Chua sendiri.

Awal bulan ini, Tian Chua tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Imigresen kerana bimbangkan keselamatannya memandangkan kemarahan rakyat Sabah kepada Tian Chua begitu meluap-luap.

Sekali lagi Tian Chua menyalahkan UMNO walaupun sebenarnya Imigresen Sabah tidak ada kena-mengena dengan UMNO.

Hari ini, Tian Chua melatah lagi. Dan sememangnya Tian Chua wajar ketakutan dan keresahan walaupun dia berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dalam PRU13 yang hanya akan berlangsung tidak beberapa hari sahaja lagi.

Kata Tian Chua, Zahid Hamidi tidak seharusnya baca seterusnya...


Saturday 27 April 2013

SEJARAH PAS HALAU KANAK-KANAK KECIL !!!




Perhatikanlah bagaimana KUASA bila sudah menguasai minda orang Pas .... Habis semuanya hendak diPASkan. Mana2 yang tidak sealiran pandangan akan di hapuskan. Ada balairaya yang dirampas itu diambilalih bagi tujuan parti dan ada juga yang dibiarkan begitu saja. Mereka lebih rela melihat balairaya KOSONG tidak digunakan,ditumbuhi lalang dan mereput daripada digunakan oleh Tadika Kemas. 


Kalau ditakdirkan terjadi lagi, seperti kata Hadi semasa beliau jadi MB dulu ketika menjawab isu pertukaran pegawai2 yang tidak sebulu - Anggap jelah sebagai TAKDIR ...

Mungkin elok kita tanya Hadi apakah yang Pas TIDAK AKAN buat sekiranya berkuasa. 




HADI AWANG KENA MAKI DENGAN AKAR UMBI PAS KERANA PERLEKEH HUKUM ALLAH !!!



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil.""Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.Jelas beliau, kenyataan oleh Hadi tidak boleh diterima ekoran PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan perbuatan zina ditegah oleh Islam.

"Kami yang turut terpalit dibawahnya (PAS) sebagai ahli menganggapnya sebagai perkara yang besar.""Kalau ini fitnah, ianya fitnah yang besar. Sebab zina dosa besar." katanya lagi.
Beliau yang mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai penglibatan pemimpin PAS yang dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini mendesak agar pemimpin tersebut digantung keahliannya dari PAS.

Tambahnya penggantungan tersebut adalah wajar dan ianya harus dilakukan sehingga siasatan penuh selesai dijalankan dan boleh berkhidmat kembali dengan parti sekiranya didapati tidak bersalah.Katanya lagi, sekiranya bersalah individu tersebut harus dipecat dengan serta merta.



Friday 26 April 2013

PANAS... VIDEO PENGAKUAN TAKUT DI BUNUH DARI MAKCIK BADARIAH !!!




Seperti yang kami janjikan petang semalam, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang. Di bawah adalah salinan laporan polis untuk membuktikan kisah ini adalah benar. Kami masih menunggu apa jawapan dari pihak yang telah mengugut.

Untuk mengetahui kisah sebelumnya sila klik disini dan disini...

dan untuk melihat pengakuan cerita sebenar sila lihat video di bawah...






PANAS... TIMBALAN PENGARAH KASTAM DI BUNUH !!!




Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat, dipercayai oleh penunggang motorsikal pagi ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.3o pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.

Menurut wartawan ABN News yang kini berada di Hospital Putrajaya, Izzatie Rizan, maklumat awal yang diperolehi, suspek menaiki motorsikal Honda melepaskan tiga das tembakan ketika mangsa berhenti di lampu isyarat. Salah satu daripada tembakan itu mengenai kepala mangsa.

Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.




AISHAH TERKEJUT BERUK SEMASA MAHU MULAKAN CERAMAH !!!



Calon Pas di Parlimen Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin malam tadi mengakui bahawa beliau dan jentera parti itu ditolak oleh penduduk di Felda Bukit Rokan dekat sini.

Katanya, kejadian itu berlaku pagi semalam ketika jentera pilihan raya Pas cuba memperkenalkan dirinya sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen itu dalam kempen dari rumah ke rumah di situ.

"Pagi tadi di Felda Bukit Rokan di mana kami pergi ziarah ke sana untuk memperkenalkan saya sebagai calon Pas Parlimen Jempol, kami telah ditolak oleh penduduk di situ.

"Mereka ada hak untuk berbuat demikian,'' kata Aishah dalam ceramahnya berhampiran bilik gerakan DAP dekat Mahsan di sini malam tadi.



PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK !!!



Ini fitnah terbaru cybertroopers Pakatan Pembangkang terhadap SPR yang disebarkan di laman-laman sosial. BACA SETERUSNYA YANG LAGI MENARIK...



Thursday 25 April 2013

PANAS... MAKCIK BADARIAH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PAS ???



Seperti yang kami janjikan petang tadi, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang. Di bawah adalah salinan laporan polis untuk membuktikan kisah ini (baca seterusnya...)




PANAS... MAKCIK REPORT POLIS DI UGUT BUNUH PEMBANGKANG ???




Sambungan dari cerita sebelom ini (KLIK SINI)    makcik Badariah akan bertindak membuat report polis atas ugutan yang telah dia terima dari pihak PAS kawasannya kelmarin.

Makcik Badariah bertindak membuat report polis atas sebab BACA SETERUSNYA...




KIT SIANG KENA KENCING DENGAN ANWAR HIDUP-HIDUP !!!



TERDAPAT perbezaan yang ketara antara `tunjuk muka' dan `buat kerja'. Orang yang selalu `tunjuk muka' belum tentu adalah mereka yang `buat kerja' tetapi orang yang buat kerja tidak perlu lagi menunjukkan mukanya untuk memberitahu masyarakat bahawa dia buat kerja.

Konsep ini dihuraikan oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Khairy Jamaludin semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Marida, Senawang dekat sini malam semalam.

Majlis tersebut menampilkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kata Khairy, pengundi perlu memilih wakil rakyat yang buat kerja dan bukannya yang rajin menunjukkan muka, tetapi hasilnya tiada.

Menurutnya, banyak isu rakyat yang memerlukan pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah di kawasan mereka seperti longkang tersumbat, jalan berlubang, rumah terbakar, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya.

Sebagai wakil rakyat, jelasnya, semua masalah itu boleh diselesaikan melalui banyak saluran bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
"Malangnya, seringkali alasan yang dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang ialah mereka tidak ada duit atau tidak ada kuasa untuk selesaikannya.

"Ini adalah tidak benar. Masalah ini tidak memerlukan duit wakil rakyat untuk diselesaikan. Apa yang perlu dilakukan ialah mereka merujuk kes-kes tersebut kepada pihak yang berkenaan.

"Wakil rakyat perlu buat kerja. Pergi ke jabatan kerajaan yang berkenaan. Usahalah sedikit dan bukannya tunjuk muka dan pergi begitu sahaja.
"Lebih teruk lagi, masalah tidak selesai tetapi menjadikannya pula modal untuk menyalahkan kerajaan," ujarnya.

Itu yang sering berlaku dalam tempoh lima tahun lalu di kawasan yang diwakili wakil rakyat pembangkang. Semua masalah rakyat diselesaikan oleh wakil yang dilantik oleh BN.

Tetapi dalam bab menunjuk muka, tidak gagal pula dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang.
Malah dalam kes tertentu, mereka ini tidak segan silu mendakwa bahawa atas usaha merekalah sesuatu masalah itu dapat diselesaikan.

Seperti yang diceritakan oleh Mohamad pada majlis yang sama mengenai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani yang mendakwa pembinaan Masjid At-Taqwa, Paroi adalah atas usahanya.

Sedangkan, pembinaan masjid itu dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah yang datang ke negeri ini untuk merasmikan penamaan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi pada 29 Ogos 2006.

"Saya dan Pak Lah telah berbincang dalam kereta semasa dalam perjalanan ke majlis itu dan beliau sendiri telah menyatakan persetujuan pembinaan masjid tersebut," kata Mohamad.

Sikap hanya pandai menunjuk muka tetapi kantoi juga terserlah semasa Mohamad Taufek mengusung Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya untuk membongkar penerokaan Hutan Simpan Kekal Miku di Rembau, baru-baru ini.

Akibat terlalu ghairah hendak tunjuk muka, akhirnya malu sendiri apabila apa yang didakwa sebagai Hutan Simpan Kekal Miku sebenarnya tidak wujud sama sekali dalam peta Jabatan Perhutanan negeri.(baca di sini lagi menarik...)






PANAS... VIDEO KARPAL SINGH JATUH TERGOLEK !!! Wawakakawakkawakaka......



Parti DAP memang tidak mesra OKU. Sebagai buktinya, Karpal Singh DAP sendiri teraniaya angkara jentera DAP apabila tersembam jatuh semasa ceramah DAP di Taman Jajar, Jalan Medan York, Pulau Pinang.Dengan pentas yang tidak mesra OKU, Karpal Singh terpaksa diangkat dengan kerusi beroda beliau ke atas pentas. Walau pun dengan tenaga 4 orang yang cuba mengangkat beliau secara manual, Karpal tersembam jatuh.









Wednesday 24 April 2013

NIZAR JAMALUDDIN TELANJANG DI BILIK GERAKAN BN ???




Ingatkan orang tidak betul mana terlepas sehingga berada di pondok panas BN ini. Teliti punya telitu rupanya bekas Ahli Parlimen dan Mantan Menteri Besar DAP Perak, Si Nizar Jamaluddin! Apa yang meroyannya duduk bergambar di sini. Mengikut kata Aruah Bapa, kalau seseorang buang tabiat sebegini, bilang sahaja 40 hari, iaitu hari-hari terakhirnya. Mana tahu, tak sempat berjumpa lagi.

Apapun untuk catatan rekod, petugas-petugaspondok panas BN semuanya telah melarikan diri bagi mengelakkan dari mendengar lawak-lawak bodoh dari seorang badut (bergurau saja). Buat pengetahuan Nizar, lain kali kalau hendak datang pondok panas parti lawan, jadi "gentlemen" lah. Datang sewaktu orang ada. Jangan jadi dayus datang sewaktu tiada orang. Lihat foto Tok Pa di bawah. "Cool" dan selamba sahaja melawat pondok panas PAS. Ye lah, bukan hendak bergaduh pun.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.



PAS PARLIMEN PEGOH UGUT BUNUH MAKCIK TUA ???



Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, pelbagai cerita atau gossip termasuk fitnah semakin rancak melanda. Tapi adakalanya sesuatu kisah itu tidak boleh dipandang remeh apabila ia sudah mula menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk yang dianggap bagi sesetengah meraka boleh dijadikan sebagai bahan ‘mainan politik’.

Seperti kisah yang berlaku di Kampong Sawah Laku Bukit Kepong, Ledang, Johor. Badariah Baba, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian telah menjadi mangsa kepada pihak terdesak yang inginkan kemenangan pada PRU-13 ini. Mengetahui mangsa tinggal bersendirian, maka dia dijadkan sasaran utama dalam strategi kotor mereka semata-mata untuk mendapatkan undi walaupun secara dasarnya mereka tahu perbuatan mereka sama sekali menyalahi undang-undang.

Kedatangan mereka bertiga ke rumah mangsa termasuk pasangan berpurdah hitam serta menutup separuh muka telah memberikan kesan trauma kepada mangsa yang sehingga kini takut untuk menerima sebarang tetamu.

“Makcik jangan menyesal ye!” adalah antara ugutan baca seterusnya...




BANYAK NI JE PENYOKONG PAKATAN DI PAGOH !!! Cehhh....




Tan Sri Mahyuddin Yassin  terus mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 penyokongnya yang berarak ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh. Tan Sri Mahyuddin Yassin bersama calon DUN  JORAK (N.08) Datuk Dr Shahrudin bin Md Salleh dan calon DUN BUKIT SERAMPANG (N.07) Haji Ismail Mohamad telah tiba ke pusat penamaan calon tepat puku l 9.00 pagi bersama lebih 2000 penyokong BARISAN NASIONAL.



Teriakan penyokong BARISAN NASIONAL telah menenggelamkan bunyi suara penyokong PKR dan PAS. Walaupon Tan Sri Muhyiddin Yassin telah di ejek oleh penyokong PKR dan PAS Tan Sri Muhyiddin tetap melambai tangan kea rah penyokong pakatan. Sorakan demi sorakan dan nyanyian pelbagai lagu semangat dari penyokong BARISAN NASIONAL selama 2 jam lebih telah (baca seterusnya...)




LIM KIT SIANG CUBA BUNUH ANWAR DI PERMATANG PAUH !!!




Di dalam beberapa siri ceramah Kit Siang di Gelang Patah, beliau telah melontarkan soalan kepada penyokong-penyokong Pakatan tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk PM jika mereka menang.

Empat nama telah disebut iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir dan Hadi Awang. Apakah Kit Siang sengaja tidak menyebut nama Anwar atau terlupa?

Yang pasti, nama Hadi Awang yang disambut.

Kit Siang sebenarnya terlalu terdesak untuk meraih undi Melayu sehingga sanggup terikut-ikut cara Anwar berbohong kepada penyokong-penyokong PAS.

Apakah permainan politik yang cuba baca seterusnya...





RAMALAN PAKAR TENTANG NASIB KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!!




Seorang ahli akademik, Prof Madya Dr Ismail Sualman, hari ini meramalkan kerajaan negeri Selangor pimpinan pakatan pembangkang akan tumbang pada pilihan raya umum 5 Mei depan ekoran "gelombang kemarahan" rakyat terhadap banyak janji yang dibuat pada pilihan raya lepas masih tidak ditunaikan. 

Dr Ismail dari Fakulti Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata masanya akan tiba tidak lama lagi bagi rakyat Selangor untuk menghukum kerajaan pakatan pembangkang melalui peti undi di atas kemungkiran janji dan kelemahan yang ketara selama lima tahun memerintah.

"Setiap pengundi ada hak untuk menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap kerajaan negeri, dengan tidak lagi mengundi Pakatan Rakyat. Maknanya inilah hukuman yang bakal diterima oleh kerajaan negeri yang tidak menunjukkan prestasi dan tidak menunaikan janji-janji," katanya dalam satu temuramah. "Inilah yang paling nyata sekarang. Itu sebabnya gelombang kemarahan rakyat dah ada. Gelombang kemarahan nak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan balik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dah mula bergerak," katanya. Sebagai contoh, beliau berkata inilah satu-satunya kerajaan negeri yang paling banyak disaman oleh rakyatnya sendiri dalam sejarah negara, ekoran tindakan sedemikian oleh kira-kira 3,000 ibu tunggal baru-baru ini kerana kerajaan negeri gagal menunaikan janji pemberian bantuan kepada golongan itu.

Dr Ismail berkata kerajaan pakatan pembangkang mengamalkan dasar pilih kasih dalam pengagihan bantuan kepada ibu tunggal, suri rumah dan warga tua dengan memberi hanya kepada penyokong parti-parti mereka, berbanding apa yang dilakuklan oleh BN melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati oleh rakyat tanpa mengira parti politik mana yang mereka sokong.

"Kerajaan negeri Selangor yang ini, tidak beri kepada ibu tunggal yang tidak menyokong parti Pakatan Rakyat. Ini satu kerajaan yang tidak adil. Juga bila katakan anak nak masuk ke pusat pengajian tinggi, dia akan siasat siapa keluarga dia. Kalau katakan dia keluarga orang UMNO, dia tidak akan bagi dan ini yang berlaku sebenarnya.

"Maknanya pilih bulu, pilih kasih. Bila ini berlaku saya rasa parti begini tidak akan disokong lagi kerana dia hanya berikan pada orang yang ada kepentingan sahaja. Satu lagi contoh, banyak elaun untuk suri rumah yang menjaga anak atau yang hantar anak ke tadika yang dijanjikan dalam manifesto mereka dahulu masih tidak diberi. Banyak janji yang tidak ditepati yang boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat akan kalah pada pilihan raya kali ini," kata Dr Ismail.

Beliau juga berkata memang kerajaan negeri menunaikan janji pemberian air percuma 20 meter padu pertama tetapi mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau rumah bertingkat yang kebanyakan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak menggunakan meter secara individu sebenarnya tidak mendapat nikmat apa pun. Dasar air percuma yang dipertikaikan kewajarannya oleh banyak pihak ini lebih menguntungkan kumpulan-kumpulan yang tidak sepatutnya mendapat air percuma seperti mereka yang tinggal di rumah-rumah mewah, tambahnya.

Dr Ismail berpendapat apa yang berlaku di Selangor sudah tentu membuka mata pengundi bukan sahaja di negeri ini tetapi juga memberi impak kepada pengundi di seluruh Malaysia secara umumnya.

"Kerana apa yang berlaku di Selangor ini akan juga menjadi tempias kepada negeri-negeri lain. Dan sudah tentu dia akan memberi kesan implikasi kepada corak trend pengundian pada kali ini".

Beliau berkata rakyat Selangor juga "sangat marah" kerana kerajaan negeri di samping mempolitikkan isu air, juga melakukan perkara yang sama terhadap soal pendidikan kerana pentadbiran negeri masuk campur dalam urusan Universiti Selangor (Unisel).

"Unisel ini boleh jadi bankrap kerana terlalu banyak dipolitikkan hingga soal dalaman seperti siapa jadi Naib Canselor dan sebagainya ditentukan oleh (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Unisel menurun jumlah pelajarnya, daripada begitu banyak sehingga sekarang ini dah begitu banyak berkurangan". Beliau berkata tidak dapat dinafikan akan berlaku "pertempuran sengit" di antara BN dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini dan Selangor akan kembali kepada pangkuan BN sekiranya BN meletakkan "winnable candidate" atau calon-calon boleh menang yang mewakili nurani hati dan dekat dengan rakyat.

Kesimpulannya pentadbiran lima tahun pakatan pembangkang di Selangor merupakan tempoh "janji tinggal janji", sehingga manifesto yang dahulu pun tidak dianggap sebagai janji, katanya.

"Kalau sesuatu janji itu hanya tinggal janji dan tidak dilaksanakan seperti yang saya dapati dalam kajian saya, ini dah menipu rakyat." Merujuk kepada manifesto pakatan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, Dr Ismail berkata manifesto yang baharu lebih banyak memansuh daripada membina. "Cuba tengok sendiri dalam manifesto baharu ini...menghapus itu, menghapus ini, dia tak cakap nak membina. Menghapus tol sebagai contoh tetapi dia nak buat tol daripada Tanah Besar sampai George Town...dia tulis situ terowong bertol tetapi dalam manifesto hapuskan tol. Yang mana satu ni? Manifesto itu dari awal -awal lagi dah menipu," katanya. Y




Member BSK