Jumlah Pengunjung

Saturday 29 March 2014

PENIPUAN SYARIKAT BAS EKSPRES KESATUAN IPOH SEMAKIN MENJADI-JADI ???

Cerita yang aku baru terbaca dari sebuah blog berkenaan penipuan yang seolah-olah sudah biasa dilakukan oleh pekerja bas. Mungkin kisah begini telah selalu berlaku pada mana-mana pelanggan sebelum ini, namun adakah kita harus membiarkan perkara begini terus berlaku pada pelanggan yang lain ? Semoga cerita ini menjadi ikhtibar untuk penumpang-penumpang bas selepas ini..  Baca di bawah...



Seseorang yang enggan dikenali mendakwa Syarikat Bas Ekspress Kesatuan menipu beliau melalui harga tiket Ipoh - Butterworth (waktu perjalanan 6.30 pm). Kejadian tersebut didakwa semasa beliau membeli tiket di kaunter tiket syarikat tersebut pada Sabtu, 29 March 2014 di Terminal Aman Jaya, Ipoh Perak. Beliau melahirkan rasa terkejut apabila harga tiket bernilai RM20.00 berbanding harga sebenar RM15.30 (termasuk surcaj RM1.40). Apabila ditanya kerani berkenaan (klik sini untuk baca cerita seterusnya...)


Thursday 27 March 2014

AL-FATIHAH... PELAWAK ALI MAMAK MENINGGAL DUNIA !!!



Al Fatihah

Pelakon dan Pelawak terkenal Ali Mamak meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Shahrul Nizam melalui Facebook peribadinya.

Monday 24 March 2014

AL-FATIHAH... TERKINI SAH MH370 TELAH TERHEMPAS !!!



Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 - 24/03/14

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin. Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India.

Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut. Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.

Apa-apa pon kita tunggu perkembangan mayat-mayat penumpang esok...



Thursday 20 March 2014

GEMPAR... GAMBAR POCONG DI ATAS JAMBATAN BARU PULAU PINANG !!!



Jambatan baru ke dua pulau pinang baru sahaja dirasmikan, macam-macam rakyat teruja melaluinya. Terbaru, aku dapat 2 keping gambar yang mengatakan bahawasanya ada orang terjumpa dengan kelibat yang secara tidak sengaja di rakamkan. Samada benar atau tidak di jambatan baru atau dijambatan lama, aku kurang pasti.

Harap orang pulau pinang boleh mengesah atau menafikan perkara ini.






Monday 17 March 2014

ANAK DAN ISTERI JURUTERBANG MH370 HILANGKAN DIRI SEHARI SEBELUM KEJADIAN ???


Sudah masuk hari ke sembilan kehilangan kapal terbang MH370, yang amat menjadi kemusykila sekarang ni kemanakah menghilangnya anak bini juruterbang tersebut ? Aku tertarik dengan satu artikel dari blog flyingkick... Mengapa anak isteri juruterbang tersebut tidak  muncul KLIA utk bertanyakan khabar berita juruterbang tersebut ?

Aku berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka sekarang ini.. Mungkin mereka telah mengetahui perancangan sebenar dan siapa dalang sebenarnya... Sila baca di bawah...

Siasatan polis semakin membuka lebih banyak kaitan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar Ibrahim. Siasatan juga semakin mengecilkan skop motif dan sasaran sebenar mengapa MH370 dihilangkan bersama anak-anak kapal dan penumpang.

Kali kedua pasukan polis memasuki rumah Kapten Zaharie, kelibat anak bini juruterbang itu tidak kelihatan langsung. Sebaliknya yang ada di rumah itu hanyalah pembantu rumah asing berusia 38 tahun yang sudah tentu tidak tahu apa sedang berlaku dan dengan siapa sebenarnya dia bekerja.

Dilaporkan, anak bini Kapten Zaharie keluar dari rumah itu sehari sebelum pesawat MH370 hilang. Atau dengan kata-kata lain, beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun kepada Anwar Ibrahim. Pembantu rumah berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak bini Kapten Zaharie 'hilang'.

Sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.

Semakin menarik dan semakin kuat syak wasangka terhadap Kapten Zaharie yang telah disahkan oleh R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution bahawa Kapten Zaharie ahli fanatik dan penyokong tegar merupakan PKR dan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, mengapa 'persediaan' untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan? Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Kapten Zaharie sekarang?

Dan mengapa pula Anwar Ibrahim langsung tidak berani berdendang DAN MENYANYI DI KHALAYAK RAMAI sepertimana yang dibuatnya sebelum Lanun-Lanun Sulu menyerang Lahad Datu dan Semporna? Mengapa pula Rafizi Ramli secara tergesa-gesa merancang KAJANG MOVE dan bercempera dengan alasan kononnya PRK DUN Kajang terpaksa diadakan untuk menyelamatkan Najib daripada Tun Dr. Mahathir?

KAJANG MOVE dan PRK DUN Kajang merupakan tindakan ad-hoc PKR bagi mewujudkan persepsi dan melindungi langkah-langkah seterusnya dalam usaha Anwar Ibrahim cuba menyelamatkan dirinya daripada hukuman penjara selama lima tahun.

Tindakan ad-hoc tersebut jelas mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370 yang berlaku berselang beberapa jam selepas Anwar dijatuhi hukuman selain beberapa pihak dari Amerika Syarikat seperti Al-Gore yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, bersuara dan menyatakan ketidakpercayaan terhadap Malaysia menyelesaikan isu kehilangan MH370.




SUMBER


Friday 14 March 2014

PANAS... PERTEMUAN SULIT PEMIMPIN PKR TERDEDAH ???



KUALA LUMPUR – Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.

“Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.

“Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut. (baca seterusnya)




Thursday 13 March 2014

DALANG BOMOH MH 370 TELAH DI KENAL PASTI !!!



Macam-macam hal sekarang ni sejak kehilangan kapal terbang MAS MH370. Yang nak membantu ada pelbagai cara dan halnye, dan yang aku pelik baru-baru ni ada la pulak bomoh datang di KLIA. Memang cerita bomoh ni nampak bodoh, tapi bagi aku bukan saja nampak bodoh, malahan bagi aku memang bodoh pon. 

Kita sedia tahu di KLIA sekarang sudah menjadi tempat tumpuan dunia dan ada pelbagai wartawan dari seluruh dunia sedang berkumpul disana untuk menanti maklumat terkini tentang kehilangan misteri kapal MAS. 

Dari kesempatan yang ada inilah tiba-tiba muncul mangkuk ayun yang mengaku raja bomoh dunia kononnya dia mampu membantu mengesan dimana kedudukan kapal tersebut. Daripada cerita sedih sekarang ni dah jadi cerita lawak pulak, semuanya di sebabkan oleh sketsa bodoh yang telah di pamerkan oleh bomoh penipu ni.

Memang sedari awal lagi aku mensyaki ada sesuatu yang cuba di sembunyikan oleh bomoh bangang ni, dan ternyata jangkaan aku tepat. Siapa yang nak buat kerja bodoh ni melainkan ada tujuan yang tersembunyi. Selepas saja kelakuan bodoh dari bomoh tersebut tiba-tiba sahaja kita di kejutkan dengan cerita yang mengatakan bahawasanya bomoh tersebut di hantar oleh pemimpin UMNO. Gila punya tuduhan bagi aku yang di terima oleh kerajaan sekarang ni, ternyata ada muslihat politik di sebalik peristiwa bodoh tersebut.

Kini UMNO yang dipersalahkan oleh pihak pembangkang. Aku dan kawan-kawan aku rasa terpanggil untuk mencari siapa sebenarnya bomoh penipu ini, dan jawapannya telah kami temui... jawapannya ada pada gambar di bawah....






Dibawah ini aku lampirkan komen tentang perbuatan bodoh bomoh ini dari Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Fathul Bari.


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi.

"Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.

Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut.  (SUMBER)





Member BSK