Pages
▼
Wednesday, 28 January 2015
CALIPH BUSKERS RIUHKAN IPOH !!!
Jemputan ke "Program Basking Amal" Anjuran MYBC Dengan kerjasama YBUDR & PEMUDA UMNO PERAK.
Tarikh: 29hb January (Khamis)
Tempat: Mat Periuk Cafe (Kg. Tersusun Tasek)
Masa: 4.00 petang Hingga 11.30 malam.
Dengan penampilan istimewa dari kumpulan Caliph Baskers (Pemenang Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 2014) Semua sumbangan pada hari itu akan disalurkan terus kpd pihak YBUDR.
Sekian Terima kasih. (Sila hebahkan)
Wednesday, 7 January 2015
ANAKANDA SULTAN SELANGOR HAMBAKAN DIRI DEMI UNTUK MANGSA BANJIR !!!
Tarikh 2 Januari 2015, bertempat di Pengkalan TUDM, Subang, telah menjadi satu kejutan dan kenangan kepada sukarelawan misi bantuan banjir kendalian Kementerian Belia dan Sukan.
Semuanya disebabkan kerana Anakanda bongsu kepada baginda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah mencemar duli untuk bersama-sama
sukarelawan dan mengenepikan kedudukan demi menyumbang tenaga membuat
pengagihan dan penyusunan barangan bantuan kepada mangsa banjir. Tengku
Amir telah meluangkan masa sekitar lebih 1 jam untuk membuat agihan barangan
bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.
Sememangnya tiada siapa yang akan menyangka sewaktu semuanya di dalam keadaan sibuk bersama-sama sukarelawan misi bantuan banjir kendalian
Kementerian Belia dan Sukan di Pengkalan TUDM, Subang mereka telah dikejutkan dengan
penyertaan "sukarelawan Diraja" .
Anakanda bongsu
kepada baginda Sultan Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan
Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah mencemar duli untuk bersama-sama
sukarelawan dan mengenepikan kedudukan demi menyumbang tenaga membuat
pengagihan dan penyusunan barangan bantuan kepada mangsa banjir. Tengku
Amir telah meluangkan masa sekitar 1 jam untuk membuat agihan barangan
bantuan serta menyumbangkan makanan buat para sukarelawan.
Baginda sangat dikenali sebagai seorang putera yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat jelata khususnya di Selangor. Malah baginda juga merupakan penaung kepada pertubuhan kebajikan, Selangor Cheshire Home, Make a Wish dan Yayasan Raja Muda Selangor.
Sehari sebelum itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan beberapa pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara, menghabiskan masa kira-kira dua jam dalam bergotong royong bersama sukarelawan mengasingkan pakaian terpakai yang diterima di gudang Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang. Beliau turut terharu dengan sokongan sukarelawan dan berharap akan lebih ramai lagi yang tampil sebagai sukarelawan bagi membantu dalam gerakan pasca banjir dalam masa terdekat.
KBS telah melanjutkan gerakan sukarelawan di Pengkalan TUDM Subang sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi memenuhi keperluan mendesak pasca banjir. Ayuh! Hulurkan tanganmu anak-anak muda. Mudah-mudahan meringankan beban mangsa dan diberkati Allah hendaknya..