Pages

Saturday, 12 December 2015

1.194 TRILION PUNCA TUN M SERANG NAJIB !!!


DOK SIBUK BALON NAJIB, TIBA-TIBA DAP PERAK BUAT LAPORAN POLIS ATAS TUN M BERHUBUNG TUNAI RM1.194 TRILLION

Dengan pendedahan oleh Abdul Hamid mengenai sebab utama serangan Tun M terhadap Najib Razak adalah kerana tindakan Perdana Menteri menghentikan transaksi dana bernilai RM 1.194 Trilion untuk masuk ke Malaysia oleh bekas pendana menteri tersebut, adakah Tun M secara tidak rasminya adalah individu terkaya di dunia?

Abdul Hamid, seorang bekas pengikut Tun M mendedahkan bahawa sebab utama mantan perdana menteri tersebut melancarkan serangan terhadap Datuk Sri Najib adalah kerana kegagalan Tun M melakukan transaksi dana bernilai RM 1.194 Trilion masuk ke Malaysia. Abdul Hamid juga menambah bahawa Najib yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika itu bertindak untuk tidak menandatangani transaksi dana tersebut.