Pages

Tuesday, 29 March 2016

TUN MAHADHIR BAKAL MENGAMUK LAGI !!!

Tun Mahadhir bakal mengamuk lagi.. Manakan tidak, satu lagi syarikat Kroni beliau (ASTRO) bakal bungkus tidak lama lagi. Semuanya gara-gara usaha Dato Sri Najib yang telah memperkenalkan siaran Televisyen baru yang mempunyai 80 chanel untuk rakyat Malaysia SECARA PERCUMA.. Tidak perlu lagi bayar bulanan...

Bagi aku, cukup-cukuplah ASTRO menipu rakyat malaysia selama ini yang menyiarkan cerita yang sama dan mengambil duit rakyat Malaysia setiap bulan dari tahun ke tahun..

Najib Oh.. Najib... Sudah la kau bagi rakyat Malaysia dengan BR1M setiap tahun.. kini bagi siaran 80 chanel TV percuma pulak... Semoga ALLAH TAALA merahmati Najib dan keluarga hendaknya..



Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.


“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.


Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.



Thursday, 24 March 2016

TERKINI.. SAH SERPIHAN MH370 DI MOZAMBIQUE !!!



SYDNEY: Dua serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique adalah ‘hampir pasti milik MH370’, kata Menteri Pengangkutan Australia susulan analisis oleh pakar-pakar teknikal yang menyiasat kes pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.

“Analisis ini telah membuat kesimpulan bahawa serpihan itu adalah hampir pasti dari MH370,” kata Darren Chester dalam satu kenyataan, sambil menambah pasukan siasatan MH370 Malaysia telah mendapati bahawa kepingan serpihan itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

“Serpihan itu yang dijumpai di pantai timur Afrika adalah konsisten dengan model drift yang dilakukan oleh CSIRO (badan sains kebangsaan) dan mengesahkan lagi usaha penyelidikan kami di Lautan Hindi.”

Australia mengetuai pencarian MH370 di Lautan Hindi, di mana penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang menbawa 239 penumpang dan anak kapal dipercayai telah menukar laluan apabila ia hilang pada 8 Mac 2014.


SUMBER


Wednesday, 23 March 2016

PEMIDATO TAHUN INI LEBIH GEMPAK !!!



Bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia. 


Selepas dua hari pertandingan, seramai 10 pelajar antarabangsa mara ke pusingan separuh akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 esok. 


Lima pelajar daripada 20 yang bertanding dalam kategori Antarabangsa dan melepasi pusingan saringan semalam serta suku akhir hari ini ialah HAN JUN BEOM dari Korea Selatan, WANG JIALU (ALEEYA) dari China, HATSUNE YANAI dari Jepun, MEGAN ROSE DONELLY dari Amerika Syarikat dan REBECCA CLARE LAWRENCE 



Bagi kategori Pelajar Malaysia di Malaysia (PAM) pula, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ABDALLA HASSAN GHARIB dari Tanzania; pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), MASHAL KASEM ALQUDAH dari Jordan; dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), ANAS MOHAMAD HUSIAN KASSIM dari Iraq akan bersaing untuk mara ke pusingan akhir pada 25 Mac nanti. 



Turut merebut tempat ke final yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah dua pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) HASSAN RADWAN dari Palestin dan NASEAR BIN SLAYMAN dari Kemboja. - UTUSAN 










Monday, 21 March 2016

PENCAPAIAN TERBARU NAJIB TUN RAZAK !!!




lapan tahun dari sekarang suasana di sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan berubah wajah bila siap sepenuhnya projek Warisan Merdeka.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang Rabu melancarkan projek yang akan dibangunkan sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) di kawasan seluas 19 ekar di pusat Bandar Kuala Lumpur itu.Ia juga akan menjadi lambang kejayaan bumiputra negara ini.


Fasa pertama projek tersebut yang melibatkan pembinaan menara 118 tingkat dan tujuh tingkat pusat membeli-belah dengan kos pembangunan sebanyak RM5 bilion dijangka siap pada 2020. Najib menamakan semula menara ikon 118 tingkat itu sebagai Merdeka PNB118 yang merupakan menara tertinggi di Malaysia, kedua tertinggi di Asia dan yang kelima tertinggi di dunia.

Projek itu akan memulihkan dua bangunan warisan negara iaitu Stadium Merdeka dan Stadium Negara, membuktikan bahawa seni bina moden dan bangunan bersejarah boleh bergandingan bersama-sama.Perdana Menteri kata bangunan ikon itu akan membantu memberi nilai kepada sesebuah bandar raya dan mempengaruhi cara orang berpandangan terhadap sesebuah bandar raya, memberikan kepada penduduknya mercu tanda yang boleh dibanggakan.





Sunday, 20 March 2016

BEKAS PEMENANG PABM KONGSI PENGALAN UNTUK PESERTA 2016 !!!




KUALA LUMPUR 19 Mac – Dalam tempoh dua hari lagi, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016 (PABM 2016) bakal membuka tirai dan pastinya menampilkan peserta-peserta yang hebat dari dalam mahupun luar negara.

Beberapa pemenang dan finalis PABM pada edisi-edisi yang lalu tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan pertandingan itu yang dianjurkan buat kali ke-10 pada tahun ini.

Juara pertama PABM pada tahun 2007, Olga Vasilevskaya, 28, memberitahu, dia kini mampu memahami dan bertutur dengan lebih baik dalam bahasa Melayu setelah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

“Ketika belajar bahasa Melayu di Moscow, Rusia, saya hanya dapat mempelajarinya menerusi buku, namun berbeza keadaannya apabila berada di Malaysia. Saya dapati terdapat seni dari segi bahasa, jiwa dan perkara yang dipersembahkan ketika bertutur dalam bahasa Melayu.

“Saya meminati untuk mendalami bahasa Melayu kerana ia sangat unik dari segi bunyi serta strukturnya yang menentukan cara pemikiran seseorang. Bahasa ini juga merupakan bahasa serantau kerana negara lain juga boleh memahami apa yang dituturkan menggunakan bahasa Melayu,” kata Olga atau Azizah Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, johan kategori Alam Melayu PABM 2015, Mohd. Akmal Aizat Umar, 24, berkata, mengenang kembali penyertaannya dalam pertandingan tersebut pada tahun lalu banyak memberi pengalaman manis kepada dirinya.
“Satu pengalaman yang amat manis terutamanya apabila berpeluang membawa cabaran negara di peringkat akhir. Debaran ketika berada di pentas sebesar itu pasti sukar untuk dilupakan.

“Mengenali rakan-rakan baharu dari seluruh pelosok dunia juga cukup sukar dilupakan, apatah lagi mendengar mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu. Agak janggal dan melucukan pada awalnya, namun amat membanggakan kita sebagai penutur tetap bahasa ibunda,” katanya.

Selain itu, peserta negara yang merupakan johan kategori Nusantara PABM 2012, Fathiah Ibrahim, 27, mengambil peluang untuk berkongsi minat berpidato dengan rakan-rakan dari seluruh dunia menerusi pertandingan tersebut.

“Melalui PABM juga, peserta dapat memperkenalkan bahasa Melayu dan menyampaikan mesej menerusi pidato masing-masing. Semoga bahasa Melayu dapat dimartabatkan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Dayangku Mumtazah Pangeran Md. Jaafar, 26, dari Brunei yang merupakan naib johan PABM 2012 dalam kategori Nusantara tidak dapat melupakan rasa tekanan dan kelegaan tatkala melepasi peringkat saringan, separuh akhir hingga ke peringkat akhir.

“Persaingan bersama rakan lain tidak menghalang kami untuk menjalin persahabatan yang indah, yang masih kekal sehingga hari ini. Sebaik sahaja memenangi PABM, Alhamdulillah, tawaran untuk menjadi hos televisyen dan radio serta menulis skrip semakin banyak dan terima kasih kepada PABM,” katanya.

Bagi rakan senegaranya pula, Awang Abdul Rashid Awang Damit, 29, yang merupakan naib johan dalam kategori sama pada PABM 2011 mengakui pertandingan itu mengajar dirinya erti sebuah perjuangan.

“Atas kapasiti sebagai seorang naib johan PABM, saya diberikan penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan bergiat aktif dalam bidang pengacaraan di peringkat nasional sehingga mampu menubuhkan syarikat dengan nama ‘Mahir Orator Brunei’ yang memberi fokus kepada latihan pengucapan awam dan perkhidmatan pengacaraan,” katanya.




DAP SELAMATKAN PESERTA BOGEL PULAU PINANG !!!




Mahkamah Majistret di Balik Pulau diberitahu Rabu bahawa petugas Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang memberi kebenaran kepada sekumpulan pelawat yang meminta untuk tidak berpakaian ketika mengadakan aktiviti di pantai Teluk Kampi di taman itu.

Pekerja Rendah Awam Sharudin Isa, 41, berkata dia membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat perlu mengenakan semula pakaian jika ada pelancong lain di kawasan itu.

"Seorang wanita berambut pendek datang kepada saya meminta kebenaran untuk bermalam di situ dan meminta bagi pihak kumpulan itu, kebenaran untuk tidak berpakaian.

"Pada masa itu, lebih kurang 15 orang ada di situ.

"Saya benarkan dan minta mereka memakai semula pakaian jika ada pelancong lain di situ.

"Hari itu hanya saya seorang sahaja yang bertugas menjaga pos kawalan di pantai Teluk Kampi dan tidak ada pelancong lain selain mereka," kata saksi keenam itu di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Sharudin berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi berhubung kes empat individu didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara itu pada 30 Mei dua tahun lalu.

Pada 28 Ogos 2014, tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 59; Chan Chia Wen, 29; Teh Guan Hoon, 39; serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 40; mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di Pantai Teluk Kampi.

Kejadian berlaku antara pukul 3 dan 6 petang, 30 Mei dua tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama enam lagi individu - Loh Kok Hong, 43; Mu Wai Peng, 36; Justin Ang Ji Keng, 26; Yam Kam Hoong, 56; Lionel Loo Joo Heng, 54; dan R. Nanda Kumar, 42.

Bagaimanapun enam individu terbabit mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan.

Ditanya apa lagi yang berlaku pada hari kejadian, Sharudin yang berkhidmat selama 12 tahun dengan Taman Negara itu berkata mereka mengadakan aktiviti di tepi pantai pada sebelah petang sebelum mengadakan aktiviti di dewan serbaguna yang berdekatan pada sebelah malam.

"Mereka tidak membawa khemah dan meminta kebenaran untuk menggunakan dewan serbaguna yang terdapat di situ.

"Saya benarkan mereka gunakan (dewan). Mereka juga meminta kebenaran untuk membuat unggun api dan saya beri mereka zink untuk alas unggun api. Selepas itu saya kembali ke pos kawalan.

"Saya lihat mereka menari mengelilingi unggun api dalam keadaan tidak berpakaian. Saya nampak lelaki dan wanita yang tidak berpakaian...mereka beraktiviti di dewan itu sehingga lewat malam," katanya.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Chew, Chan dan Kong kemudian bangun mempersoalkan waktu kejadian berikutan saksi mengatakan nampak kesemua tertuduh tidak berpakaian pada sebelah petang dan malam sedangkan kertas pertuduhan menyebut waktu kejadian antara pukul 3 dan 6 petang.

Shafiq kemudiannya memohon pindaan lisan kepada pertuduhan untuk menukar waktu kejadian kepada antara pukul 3 petang hingga 11 malam.

Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapat persetujuan pihak pembelaan dan pertuduhan dibacakan semula kepada keempat-empat tertuduh.

Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani turut mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Jason Khor mewakili Teh.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan bersambung 15 April depan.


SUMBER

Saturday, 19 March 2016

TUN M TEMUI KAEDAH BARU SINGKIR NAJIB !!!




SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melalui surat yang diutus untuk ahli-ahli cawangan Umno meminta agar mereka mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat cawangan masing-masing.

Beliau juga amat terdesak mahu ahli-ahli parti mengusulkan agar pemilihan parti tidak ditangguhkan dan dilaksanakan pada tahun ini.

Tun M menjemput ahli-ahli Umno yang sayang kepadanya dan kroninya agar terus membantunya untuk menyelamatkan keluarganya dan kroninya ini.

Tun M tidak boleh tunggu Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana Umno yang dipimpin oleh Najib tetap tidak akan kalah. Sekali Umno tidak kalah ia memang tidak dapat dipulihkannya dan kroninya semula,.

Tun M turut menuduh perjuangan Umno hari ini bukan lagi kerana bangsa, agama dan negara sebaliknya terhad kepada pengekalan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kata gilanya lagi, tidak ada seorang pun perdana menteri terdahulu yang menjadikan Umno sebagai benteng untuk mempertahankan diri.

“Tun M juga turut menipu kononnya beliau tidak pernah menggunakan Umno untuk mempertahankan diri. Bahkan kononnya beliau, seperti Tunku (Abdul Rahman) rela meletak jawatan.

“Berbanding dengan pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang, kononnya beliau lebih lama berada dalam Umno. Walaupun beliau disingkir sekali dan tinggal Umno dua kali, beliau tidak pernah menyertai parti lain setakat ini, namun beliau tidak pernah sedar diri bahawasanya beliau sekarang sudah bergabung dengan Parti Pembangkang terutamanya DAP. Kononya lagi beliau tetap setia kepada Umno. Terbukti sekarang beliau amat terdesak menyelamatkan kroninya untuk keluarganya,” katanya.


Psstt.... Rumah kata pergi kubur kata mari...

SOKONGAN KEPADA NAJIB TERUS MENINGKAT !!!


KUANTAN - Lebih 4,000 ahli dan pemimpin dari 14 Umno Bahagian di negeri ini, dijangka berkumpul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pagi esok, bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, 'Himpunan Solidariti' itu diadakan untuk memberi semangat kepada Najib yang juga Presiden Umno, supaya terus cekal menghadapi sebarang cabaran politik.

"Kita mahu menunjukkan Umno Pahang akan terus berdiri teguh di belakang Najib sebagai perdana menteri yang berasal dari Pahang dan Ahli Parlimen Pekan.

"Tidak kira apa bentuk tohmahan dan rintangan yang beliau hadapi, kita berharap Najib tidak akan tunduk terhadap tekanan dan teruskan agenda membela rakyat.

"Tuduhan dilemparkan kepada beliau sebelum ini, kita anggap dilakukan oleh mereka yang terdesak dan kecewa kerana impian peribadi tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, antara pengisian dalam himpunan itu termasuk ucapan daripada Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, dan  diikuti amanat oleh Najib sendiri.

Selepas himpunan berkenaan, perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Penyerahan Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang di Perumahan Makmur Sri Fajar Jaya, Jalan Kuantan Gambang, di sini.

Najib, kemudian akan merasmikan pelancaran Taman Teknologi Hijau Pekan di kawasan Rehat dan Rawat KM26.8 Lebuhraya Gambang-Segamat, Paloh Hinai, Pekan.

Pada sebelah petang, Najib dijadual minum petang bersama masyarakat dan meninjau tapak Masjid Paloh Hinai di Taman Selasih, Pekan. – Bernama




Friday, 18 March 2016

WANITA UMNO PULAU PINANG MALUKAN TUN MAHADHIR !!!

Norliza (duduk tiga kanan) bersama ahli Wanita Umno negeri menyokong kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.



BALIK PULAU - Wanita Umno tersinggung dan kesal dengan tindakan tidak wajar beberapa pemimpinnya yang bersekongkol dengan parti lawan.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan perlu dihormati walaupun keterbukaan itu tertakluk kepada adab dan etika parti terutama apabila melibatkan pemimpin tertinggi parti.

Menurutnya, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta beberapa wakil Umno lain yang bersama-sama parti pembangkang tidak seharusnya berlaku kerana parti lawan itu adalah musuh utama Umno.

"Kami melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah bagi dan menyokong penuh kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pertukaran Perdana Menteri boleh dilakukan namun ia perlu mengikut lunas undang-undang iaitu Raja Perlembagaan. Negara kita mengamalkan saluran dan ruang demokrasi untuk menukar pemimpin secara bersistem dan terhormat," katanya kepada media semalam.

Oleh itu, beliau berkata, usaha untuk mengguling dan menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang dianjurkan parti pembangkang dan beberapa pemimpin Umno lain dalam Deklarasi Rakyat tidak sepatutnya berlaku kerana tidak melambangkan ketamadunan Malaysia.

"Kita sendiri tahu, pihak lawan mempunyai agenda sendiri yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan menghuru-harakan negara selain merosakkan kestabilan ekonomi," katanya.
Norliza berkata, tindakan kumpulan yang ingin menjatuhkan Najib dilihat menjengkel dan memuakkan.

"Mereka sengaja mengadakan gerakan ini bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang membelenggu negara.
"Belajarlah dari sejarah seperti yang disarankan Mahathir iaitu pepecahan dan usaha menggulingkan pemimpin melalui jalan belakang hanya akan merosakkan negara dan membuka pintu kepada anasir luar menakluki negara," katanya.

Sehubungan itu, Wanita Umno Pulau Pinang tetap menyokong kepimpinan Najib dan akan berusaha bersamanya untuk mengatasi pelbagai cabaran termasuk isu ekonomi yang mencengkam poket rakyat Malaysia masa kini.




Wednesday, 16 March 2016

KETAHUI SYARAT PIDATO ANTARA BANGSA PIALA PERDANA MENTERI !!!



1. SESI PEMILIHAN

Sesi pemilihan peserta PABM2016 terbahagi kepada tiga iaitu,
a) Pemilihan bagi Kategori Antarabangsa;
b) Pemilihan bagi Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM);
c) Pemilihan bagi Kategori Alam Melayu.
i. Objektif Pemilihan – Sesi pemilihan ini diadakan bagi memilih peserta yang benar-benar mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik untuk menyertai PABM 2016.

ii. Jumlah peserta adalah maksimum adalah seperti berikut:-
- 20 orang untuk kategori Antarabangsa; 
- 40 orang untuk kategori PAM; 
- 10 peserta untuk kategori Alam Melayu.

iii. Semua peserta dari kategori Antarabangsa perlu melalui sesi saringan melalui skype oleh Sekretariat PABM 2016, walaupun peserta tersebut telah dipilih oleh negara atau universiti masing-masing. Sementara itu, (KLIK DAN BACA SELANJUTNYA..)




Tuesday, 15 March 2016

MISTERI SEGITIGA BERMUDA TERBONGKAR !!!



OSLO 14 Mac - Sekumpulan saintis dari Universiti Artik Norway berjaya membongkar rahsia dari misteri kejadian pelik di Segi Tiga Bermuda dengan penemuan beberapa kawah gergasi di dasar permukaan lautnya.

Portal Mail Online melaporkan, kawah gergasi itu ditemukan di Laut Barents di perairan Norway sekali gus memberikan penjelasan yang kukuh membabitkan misteri kehilangan kapal-kapal di Segi Tiga Bermuda sebelum ini.

Saintis percaya, kawah selebar 804 meter dan 45 meter itu terbentuk akibat pertambahan gas me­tana di perairan berkenaan yang kaya dengan gas semulajadi.

Menurut saintis, gas metana itu mungkin bocor daripada simpanan gas asli dari dasar laut dan membentuk rongga yang akhirnya meletus.

“Terdapat banyak kawah gergasi di dasar laut di bahagian barat dan tengah Laut Barents yang berkemungkinan menyebabkan pe­lepasan gas dalam jumlah yang besar,” kata penyelidik dari Universiti Artik Norway kepada Sunday Times.
Tambah kumpulan tersebut, kawah berkenaan mungkin hanya satu daripada titik panas terbesar pelepasan gas metana laut cetek di Artik,” jelasnya.

Saintis berkata, letupan itu menyebabkan kawah tersebut terbuka sekali gus mewujudkan risiko kepada kapal-kapal yang belayar di Laut Barents.

Jelas pakar-pakar itu lagi, pe­nemuan baharu terbabit juga mungkin dapat menjelaskan punca kehila­ngan kapal dan pesawat di kawasan yang penuh kontroversi itu.

Segi Tiga Bermuda bermula dari Wilayah Luar Jajahan Britain di Lautan Atlantik Utara ke pantai Florida hingga ke Puerto Rico.