Jumlah Pengunjung

Tuesday 31 May 2016

APAKAH AGAMA SEBENAR ANAK TUNMAHADHIR ???



Agak musykil dan selalu menjadi tanda tanya, apakah sebenarnya status agama anak kepada negaraSAwan negara selama ini. Manakan tidak bila dilihat kembali kepada gambar dan tatacaranya membuatkan kita akan tertanya-tanya, apakah sebenarnya status agama anak Tun Mahadhir ini ?

Hingga sekarang Tun Mahadhir sendiri tidak berani komen tentang anak perempuannya, yang lantang pada dirinya sahaja adalah agenda peribadinya yang mahu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sahaja. 

Pada aku, sepatutnya Tun Mahadir seharusnya menghabiskan sisa-sisa umurnya dengan membetulkan kembali akidah keluarganya. Adakah jika diakhirat nanti Tun Mahadhir akan ditanya soalan "mengapa kamu tidak menjatuhkan Najib semasa kamu masih hidup" oleh malaikat nanti ?

Tepuk dada tanyalah IMAN SENDIRI TUN MAHADIR...


Selamatkan Malaysia atau Selamatkan Harta Keluarganya ?




Wednesday 25 May 2016

TERKINI.. TUN M BEBULU DENGAN SHAFIE AFDAL !!!


SIAPA sangka, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar jentera Barisan Nasional (BN) bekerja keras sehingga calon parti itu menang pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun nanti?
Shafie merupakan salah seorang pemimpin parti yang turut terlibat dalam Deklarasi Mahathir dengan tujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain Shafie, dua lagi pemimpin Umno yang ‘derhaka’ kepada kepimpinan tertinggi parti adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah).
Bagaimanapun, dua pemimpin itu bertindak keterlaluan dengan memfitnah dan mengikut setiap celaan dari Tun Dr Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri.
Ketika Mahathir menyeru kepada rakyat untuk menyokong pembangkang dan mengalahkan calon BN dalam pilihan raya, Shafie bertindak sebaliknya.
Dalam Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar di Pulau Lihak-Lihak, Semporna semalam, Shafie dilaporkan telah meminta para jentera BN untuk tidak alpa dalam menghadapi lawan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Jangan alpa, setiap perkara adalah cabaran, bukan hanya kita mendampingi masyarakat tetapi kehidupan rakyat juga perlu diambil perhatian sepanjang masa,” katanya kepada pihak media.
Adakah Shafie sudah mula membuat pusingan ‘U’ dengan kenyataan ini? Umum mengetahui, Deklarasi Mahathir bukan sahaja mahu Najib Razak turun, tetapi juga berhasrat agar BN kalah dan tidak lagi membentuk kerajaan.
Mungkin juga tindakan Mahathir yang sudah melampaui batas dan tidak lagi seperti dahulu menyebabkan Shafie mula muak dan tidak senang dengan agenda deklarasi berkenaan.
Semestinya di pihak Perdana Menteri akan berpegang kepada prinsip berjiwa besar andai kata Shafie mahu berbaik-baik semula dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini. SUMBER



Tuesday 24 May 2016

JOM LAYAN EURO SAMBIL BERSAHUR DI KLI HOTEL !!!



KUALA LUMPUR – Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur.

Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.

“Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari  Rm15,” katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.

Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga waktu imsak.

Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.

Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.

Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2 000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1000, RM800 dan RM600.




Thursday 19 May 2016

BERBUKA PUASA MASAKAN IBU DI KLI HOTEL SEMPENA RAMADHAN !!!



Pergh..... meleleh air liur melihat sajian-sajian yang bakal disediakan. Tak sabar dah rasanya nak berpuasa. Sudah pasti ramai yang merindui dan membayangkan juadah berbuka puasa pembuka selera yang ‘rare’ atau mempunyai kelainan, sehebat masakan ibu di kampung halaman. 

Sehubungan itu, sempena Ramadhan ini, Kuala Lumpur International Hotel menyediakan masakan yang pasti menepati citarasa sekali gus dapat mengimbau juadah berbuka puasa ‘ala kampung’.

Menurut Penolong Pengurus Besarnya, Azli Ariffin berkata, pihaknya akan menyediakan hidangan berbuka puasa yang mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.



“Semua hotel akan mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian tradisional dan ‘ala kampung’, namun apa kelainan kami boleh katakan, chef kami sudah berkhidmat di sini lebih 30 tahun yang akan menyediakan 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

“Kita adalah satu-satunya hotel yang memulakan dengan idea ini dan ia adalah merupakan hidangan popular kami,”katanya.

Selain itu, hidangan yang turut disajikan termasuklah Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, dimana ia antara hidangan istimewa berbuka puasa di samping hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa mereka.

Berkonsepkan hidangan bufet, segala juadah berbuka puasa juga turut ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan makanan tradisional.

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, hot plate dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian ala kampung di sini.






Wednesday 18 May 2016

JAWATAN KOSONG !!! #JawatanKosong #KerjaKosong



Merupakan sebuah Syarikat “Government Linked Company (GLC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:-
Jawatan Kosong Kolej Felcra Berhad Terkini 2016 : SILA KLIK DISINI UNTUK MENGISI BORANG




Sunday 15 May 2016

ZAHID SALUR 500 JUTA TABUNG USAHAWAN BELIA !!!



Serdang – Semperna perasmian Hari Belia Negara di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, telah hadir Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi merasmikan Hari Belia Negara 2016. Turut hadir semasa perasmian tersebut, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato M Saravanan, Persiden Majlis Belia Malaysia Saudara Muaammar Ghadafi, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Duta Besar Malaysia Ke Cambodia Datuk Seri Hassan Malek yang juga mantan Presiden MBM.

Berucap dihadapan lima ribu belia di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia(UPM) sempena Hari Belia Negara, Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk Tabung Usahawan Belia yang akan diletakkan dibawah Kementerian Belia dan Sukan.

Sementara itu, Zahid turut memuji Menteri Belia dan Sukan,Khairy Jamaluddin serta Presiden MBM Muammar Gadafi Jamal dalam usaha menggerakan belia termasuklah di peringkat akar umbi melalui program yang benar-benar mengikut kehendak belia masa kini.

Beliau juga turut mengumumkan Hari Belia Negara 2017 akan kembali di Putrajaya dengan lebih banyak program akan disusun kerana baginya Hari Belia Negara sangat mendapat perhatian dari belia seluruh Negara. Dalam pada itu, Presiden MBM , Muammar Gadafi melahirkan rasa Syukur kerana MBM sebagai badan induk belia terus mendapat kepercayaan dalam pembangunan belia di negara ini.


Kami akan pastikan peruntukan berkenaan akan turun tepat ke golongan sasar seperti golongan belia kreatif dan berkemahiran dan juga akan disalurkan kepada pertubuhan belia untuk menguruskan organisasi mereka masing-masing,” Muammar Gadafi Jamal.
























JELAJAH KAMPUS HARI BELIA NEGARA BERJAYA !!!



SERDANG- Semperna Hari Belia Negara yang telah berlangsung selama tiga (3) hari di Universiti Putra Malaysia, Rakan Muda telah mengambil tempat dalam program Jelajah Kampus sepanjang program disini. Disini juga, Rakan Muda berjaya melaksanakan objektif ‘Showcase Of Talent’ dalam siri jelajah enam (6) kampus pengajian tinggi di seluruh Negara untuk mengenalpasti, mengasah dan menghargai bakat muda belia. Semperna Hari Belia Negara yang berlangsung di UPM Serdang ini, Rakan Muda berharap dengan kehadiran mereka disini dapat memberi inspirasi kepada semua belia untuk menjalankan projek-projek baharu yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling mereka.

Rakan Muda juga,  berjaya membawa mentor dan penggerak masyarakat hadir dalam program ini. Antara projek-projek yang telah disediakan, robotics dan percetakan 3D, photografi, pertukangan dan kerja kayu, muzik, tokoh politik, usahawan dan sukan, serta artis-artis dalam persembahan muzik. Pelbagai peniaga juga turut terlibat  sama di bazar dan kawasan food truck yang telah disediakan. Antara artis yang telah terlibat dalam persembahan kali ini, MonoloQue, Najwa Latif, Estranged dan OAG.

Semua aktiviti ini dilaksanakan untuk satu tujuan – untuk memperagakan bakat belia berdasarkan konsep ‘Dari Belia Untuk Belia’. Selagi belia tidak sedar apa bakat mereka, selagi belia tidak mengasah bakat mereka dan selagi belia tidak tahu bagaimana untuk menggunakan bakat mereka untuk kebaikan masyarakat sekeliling, selagi itulah pembangunan belia di Malaysia tidak dapat mencapai potensi keseluruhannya.


Ayuh, jangan tunggu lagi, sertailah Jelajah Kampus Rakan Muda berdekatan selepas ini untuk melihat sendiri segala perkhidmatan dan keseronokan yang ditawarkan. Pastinya, anak muda di Malaysia ingin melakukan perubahan positif kepada Agama, Bangsa dan Negara .





















Saturday 14 May 2016

VIDEO RAMLI SARIP HIBURKAN HARI BELIA NEGARA !!!



SERDANG- Lagenda Rock tanah air, Ramli Sarip atau lebih dikenali sebagai Papa Rock sekali lagi berjaya menggegarkan Universiti Putra Malaysia sebentar tadi dalam persembahan diprogram Malam Gema Nusantara.

Walaupun hujan turun sejak petang hingga ke malam, ia langsung tidak menghalang kehadiran peminat-peminatnya. Ternyata, penonton sangat terhibur dengan lagu-lagu dendangan penyanyi pujaan ramai ini.

Antara lagu-lagu yang telah dipersembahkan adalah, ‘Bukan Kerana Nama’ ‘Doa Buat Kekasih’ ‘Teratai’ dan beberapa lagu lain yang sememangnya menjadi nyanian orang ramai.


Selain konsert Gema Nusantara malam ini, esok (Hari terakhir) di program Jelajah Kampus, akan menampilkan pula beberapa artis popular tanah air. Antaranya kumpulan Estranged, Najwa Latif, Monologue dan OAG.









Member BSK