Jumlah Pengunjung

Sunday 19 June 2016

KEMENANGAN BUDIMAN PETANDA AJAL BUAT PEMBANGKANG !!!



SABAK BERNAM 18 Jun – Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi menyifatkan kemenangan besar beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar sebagai sesuatu di luar jangkaan.

Beliau berkata, majoriti seba­nyak 9,191 undi merupakan satu keputusan yang tidak disangka apatah lagi beliau bermula sebagai calon ‘underdog’ dalam PRK itu yang menyaksikan pertan­dingan tiga penjuru melibatkan calon Pas dan PAN.
“Bagaimanapun, berkat soko­ngan rakyat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh jentera BN, saya berjaya memenangi PRK ini.

“Saya lebih suka mengambil pendekatan berorientasikan rakyat, kerana di situ kita tahu akan kehendak dan keperluan mereka.

“Politik bagi saya apa yang menentukannya adalah kerja keras,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK itu di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman menewaskan calon Pas dan PAN dengan majoriti 9,191 undi.

Budiman memperoleh 16,800 undi mengatasi Azhar Ab. Shukur daripada PAN yang memperoleh 7,609 undi, diikuti calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman yang meraih 6,902 undi.

Keputusan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Khairuddin Md. Som.



Dalam pada itu, Budiman ketika ditanya perancangannya selepas ini berkata, beliau akan meneruskan tanggungjawabnya kepada rakyat di Parlimen Su­ngai Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

 “Saya juga akan mengadakan tahlil serta doa selamat untuk bekas ahli Parlimen kawasan ini, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon di surau di kawasan Parlimen ini bermula Khamis ini,” ujarnya. 


Saturday 18 June 2016

#PrkSungaiBesar AKHBAR CINA JANGKA CINA SOKONG BUDIMAN HARI INI !!!




Jangan percaya 100 peratus... tapi akhbar Cina berpengaruh China Press dalam satu analisa mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi terus mendahului khususnya melalui sokongan daripada pengundi Melayu dan mendapat kelebihan dari pengundi Cina dalam pilihanraya kecil yang diadakan Sabtu.

Menurut akhbar tersebut, Budiman enjoy (menikmati) sokongan padu daripada kawasan yang mana beliau merupakan ADUN iaitu Sungai Panjang dan mempunyai 83 peratus pengundi Melayu yang bakal memenangkan Budiman.

Selain sokongan padu pengundi Melayu, peningkatan sokongan kepada BN daripada kawasan-kawasan majoriti Cina juga dijangka. Sesuatu yang akan mengejutkan parti-parti pembangkang khusunya DAP.

Menurut China Press, selain Sungai Panjang, UMNO turut memberi tumpuan di kampung-kampung nelayan, kawasan Pekan Sungai Besar dan kawasan sekitar Sekinchan.

Laporan itu mengatakan Budiman secara keseluruhannya terus mendahului calon lain dan BN dianggarkan mampu memperoleh 50 hingga 60 peratus undi.

"Tambahan pula dengan penyelesaian isu kerakyatan dan isu nelayan yang memberi 'markah tambahan', undi BN berpeluang ditingkatkan ke 60 hingga 70 peratus.

"BN dijangka dapat memperoleh lebih separuh undi Melayu, tumpuan justeru diberikan kepada kawasan Cina," tulisnya.

Katanya lagi, BN menekankan isu pembangunan dan prestasi kerajaan ketika berkempen dalam kalangan orang Melayu dan India.

Menurutnya, dalam kalangan masyarakat Cina pula, imej Budiman yang mesra rakyat ditekankan untuk merai undi.

"Budiman merupakan ADUN Sungai Panjang dan sudah ada penyokong sendiri di situ. Fokus pada masa ini ialah Sekinchan," katanya.

Menurut sumber, perpecahan pembangkang menyebabkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) sukar mendapat tambahan sokongan.

"Pakatan hanya membangkitkan sedikit isu dalam pilihan raya kecil ini. Kebanyakan isu membabitkan pemimpin negara, ia gagal mendapat respon daripada pengundi tempatan," katanya.

Jelasnya, melalui sokongan DAP dan PKR, Pakatan Harapan bagaimanapun berpeluang mendapat sokongan 80 peratus pengundi Cina, 20 hingga 30 peratus undi Melayu dan sedikit undi India.

"Walau bagaimanapun, keadaan semasa menunjukkan sokongan adalah berpihak kepada BN.

"Pakatan Harapan berusaha berkempen untuk merapatkan jurang undi majoriti kepada di bawah 1,000 undi," katanya.

Sementara itu, bagi Budiman sendiri beliau mahu setiap anggota Barisan Nasional (BN) yang berdaftar di Parlimen Sungai Besar perlu mengundi awal esok (sabtu) bagi membantu meningkatkan peratusan yang keluar mengundi.

Jelasnya mereka perlu memastikan anggota keluarga dan saudara-mara masing-masing turut menunaikan tanggungjawab itu.

"Faktor ketiga yang boleh membantu meningkatkan peratusan keluar mengundi ialah pengundi yang menetap di luar kawasan.

"Di pihak jentera parti mereka ada mekanisme untuk tarik golongan ini balik mengundi pada Sabtu ini," katanya.

Budiman berkata dua perkara boleh membawa kepada peratusan keluar mengundi rendah iaitu motivasi pengundi luar kawasan yang 'berat' untuk balik mengundi memandangkan tempoh PRU akan datang tidak sampai dua tahun serta penilaian bahawa kedudukan kerajaan tidak akan berubah sama ada BN menang atau kalah.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman, calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. SUMBER




Friday 17 June 2016

#PrkSungaiBesar SEMANGAT BUDIMAN PADA JENTERA BN SUNGAI BESAR !!!

PENGARAH Pilihanraya PRK Sungai Besar, Tan Sri Noh Omar (tengah) bersama calon Barisan Nasional Budiman Mohd. Zohdi bergambar bersama jentera Wanita BN semasa hadir pada Pelancaran Gelombang Biru Wanita Barisan Nasional di Dewan Besar Pejabat UMNO Bahagian Sungai Besar pada Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, hari ini. 


SABAK BERNAM 16 Jun - Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi berharap jentera BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar tidak leka menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Menurut beliau, kelekaan saat-saat akhir boleh membawa padah walaupun situasi terkini menunjukkan peluang berpihak kepada BN untuk mendahului dalam PRK Sungai Besar ini.

Budiman turut memberi tauladan mengenai kisah arnab dan kura-kura dalam ucapan: "Tatkala kita menjadi arnab yang pantas dan laju berlari jangan kita tertidur di pertengahan.

"Tinggal kurang 48 jam lagi, jangan kita leka. Apabila kita leka, kura-kura yang berwarna hijau dan oren dengan perlahan-lahan lalu memintas kita.
"Kelekaan sesaat akan membawa keburukan berpanjangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 3,000 jentera wanita BN Selangor dalam majlis pelancaran Gelombang Biru Wanita BN PRK Sungai Besar di sini hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang turut dihadiri Ketua Wanita BN Selangor, Datuk Nor Hayati Onn.

Budiman dalam ucapannya turut memberitahu, hasratnya untuk mempunyai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Besar di Sekinchan jika memenangi PRK setelah memiliki pejabat di Sungai Panjang selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di situ.

"Insya-Allah dengan sokongan kalian, kita akan pertahankan kemenangan BN di Parlimen Sungai Besar," katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Budiman berkata, dalam tempoh berbaki dua hari ini beliau akan terus giat berjumpa dengan penduduk.
"Walaupun saya sudah boleh dikatakan menemui hampir keseluruhan pengundi di kawasan ini, masih banyak lagi kumpulan kecil yang mahu berjumpa dengan saya.

"Saya akan terus bertemu mereka walaupun sekarang saya tidur hanya 2 jam sehari, mungkin dalam 48 jam ini, saya akan tidur pada kadar yang begitu minimum," katanya.

Ditanya pemberita adakah beliau yakin mampu memenangi PRK ini dengan majoriti 1,000 undi, beliau menjangkakan mampu mendapat lebih daripada itu.

Thursday 16 June 2016

#PrkSungai Besar AHLI PAN KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI !!!

Alasan mereka logik..
KAMI NAK CALON TEMPATAN YANG TINGGAL BERSAMA PENGUNDI BUKAN TINGGAL DI HOTEL.

Seramai 32 ahli Parti Amanah Negara cawangan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi selepas hilang kepercayaan kepada calon parti itu. 

Wakilnya, Mohd Sapigni Tulus, berkata calon parti serpihan itu, Azhar Abdul Shukur tidak layak dipilih kerana boleh diibaratkan seperti calon 'touch and go' selain bukan penduduk tempatan apabila bermastautin di Pahang. Katanya, jika Azhar menang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, beliau hanya akan turun kawasan setiap dua bulan, sekali gus tidak mampu membawa agenda pembangunan atau pembaharuan dari segi ekonomi dan sosial.

 "Sehubungan itu, saya merayu kepada semua pengundi supaya menolak Azhar yang pandai bersandiwara dan pasti akan mengutamakan kepentingan peribadi jika menang nanti. "Sebaliknya pilihlah Budiman yang terserlah sentiasa membantu merealisasikan impian rakyat. Pilihlah calon yang sentiasa berada dan tinggal bersama rakyat, bukan calon yang tinggal di hotel," katanya yang merujuk kepada Azhar yang menginap di salah sebuah hotel di pekan di sini. 

ciri-ciri dan tindak tanduk yang bongkak, sombong dan angkuh. "Sejak beliau merampas kepemimpinan parti cawangan Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin terdahulu yang menghidupkan parti itu sudah disingkirkan," katanya. Ditanya adakah beliau dan rakannya yang lain akan keluar dari parti berkenaan, beliau berkata mereka akan terus kekal di dalam parti itu. "Kita tiada perancangan untuk keluar parti. Sebarang keputusan bergantung kepada situasi," katanya. 

Tuesday 14 June 2016

#PrkSUngaiBesar KEMPEN BUDIMAN MEMUASKAN HATI PENGUNDI SUNGAI BESAR !!!



BAGAIMANA cara kempen mereka? Parti Amanah Negara atau PAN yang menjadi calon pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dipercayai mewakili DAP sudah mula tercemar imejnya sejak minggu pertama berkempen.
Tindakan DAP (yang berada di belakang PAN) menaikkan papan iklan berunsur provokatif di kawasan kubu kuat mereka telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu di Sungai Besar keseluruhannya.
Malah, walaupun pada asalnya tujuan itu untuk menarik sokongan pengundi Cina kembali kepada PAN atau DAP, namun ramai juga dari kalangan pengundi Cina yang tidak berpuas hati dan menyifatkan tindakan DAP/PAN adalah biadap.
Tidak hairanlah jika Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah mula masuk ‘gear 5’ berkempen di Sungai Besar, memandangkan sokongan pengundi Melayu sudah terarah ke Barisan Nasional (BN).
Juga ada segelintir pengundi kaum Cina juga sudah tidak selesa untuk menyokong DAP/PAN khususnya di kawasan Sekincan. Bagi pengundi kaum India pula, mereka konsisten akan terus menyokong calon BN.
PAS pula menampilkan ‘wakil rakyat kawasan jiran’ sebagai calon mereka di Sungai Besar. Ini menyebabkan dalam kalangan pengundi Melayu khususnya timbul rasa kurang selesa dan tidak berpuas hati.
Walaupun PAS dilihat lebih banyak berkempen dengan menyerang parti serpihannya iaitu PAN, namun tujahan pengundi di Sungai Besar masih tidak terarah kepada calon dari PAS. Dalam hal ini tidak timbul soal profesionalisme atau nama parti, tetapi penduduk setempat mementingkan wakil rakyat yang mudah didekati dengan mesra dan ‘cara kampung’.
Mungkin sebab berlakunya kemerosotan sokongan, Presiden PAS tiba ke Sungai Besar untuk mengeluarkan ‘fatwa politik’ baharunya pada malam semalam.
Dengan harapan para pengundi Melayu akan berasa sedikit ‘cuak’ dengan kenyataan tersebut dan membiarkan PAN dan BN tanpa memberi sebarang undi daripada mereka. Namun, corak berkempen PAS masih ditakuk yang lama iaitu menggunakan ‘fatwa politik’ untuk memberikan pengundi berasa serba salah, jika mereka kurang faham.
Berbeza pula dengan pendekatan berkempen yang digunakan oleh calon BN yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang. Dengan hanya memperuntukkan tiga jam rehat di siang hari (1 hingga 3 petang) dan tidur selama dua jam sahaja setiap hari, Budiman Mohd Zohdi mensasarkan 3,000 pengundi ditemunya setiap hari.
Cara Budiman berkempen cukup fokus dan berstrategi, pada sebelah pagi setiap hari, beliau akan memasuki kawasan-kawasan komuniti Cina khususnya di Sekincan walaupun ke beberapa tempat yang dilabelkan sebagai ‘hitam’.
Disebelah petang akan turun ke program-program bersama kepimpinan parti mahupun masyarakat setempat, manakala di sebelah malam pula beliau akan menyantuni para penduduk berbangsa Melayu khususnya di DUN sendiri.
Tidak cukup dengan itu, beliau menggunakan media sosial untuk memuatnaik status-status yang ‘mesra’ dan bersahaja. Budiman juga memperkenalkan kempen hashtag ‘#inilahBudiman‘ dan mengekalkan imej kekampungannya itu.
Mungkin sudah boleh terjawab persoalan mengenai bagaimana cara ketiga-tiga calon di PRK Sungai Besar ini berkempen bagi merebut sokongan dan undian dari 42,837 pengundi. Daripada jumlah tersebut, 66 peratus adalah berbangsa Melayu, 31 peratus berbangsa Cina dan India hanya dua peratus.
Penentu kepada keberkesanan kempen antara tiga-tiga calon ini akan diketahui selepas selesainya proses membuang undi pada 18 Jun depan. Pilihlah wakil rakyat yang penuh berhemah dan mementingkan rakyat agar nasib dan kebajikan warga Parlimen Sungai Besar terbela. (SUMBER)


Thursday 9 June 2016

#PrkSungaiBesar BAPA CALON PAN SOKONG BUDIMAN !!!



BAPA kepada calon Parti Amanah Negara atau PAN, Azhar Abdul Shukur berharap agar anaknya berfikir kembali pilihan perjuangan politik yang diambilnya kini.
Semasa menemui Datuk Abdul Shukur Siraj, kami dikejutkan dengan kenyataan bapanya itu yang dilihat tidak sehaluan dengan Azhar.
“Harapan saya sendiri dia boleh berfikir sendiri ikut peredaran zaman yang sesuai…,” katanya semasa ditemubual secara eksklusif semalam.
Bekas Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang itu juga memberi komen baik terhadap calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang.
Dengan menyifatkan Budiman sebagai seorang wakil rakyat yang bagus, ia sekali gus membuktikan calon BN tersebut tidak mempunyai masalah semasa khidmatnya selaku wakil rakyat di Sungai Panjang.
Sesuatu yang terbukti bagus amatlah rugi sekiranya kita tidak terus memanfaatkannya atau memperluaskan lagi kebolehan tersebut.
Maka sebab itulah pucuk pimpinan parti memilih Budiman sebagai calon mewakili BN agar 42,655 pengundi beserta keluarga masing-masing bakal mendapat manfaat dari bakti seorang wakil rakyat yang disifatkan bagus.
Jika sebelum ini khidmat cemerlang yang ditunjukkan Budiman hanya dimanfaatkan oleh penduduk DUN Sungai Panjang sahaja, apa salahnya pada 18 Jun depan pengundi di seluruh DUN Sungai Panjang dan Sekincan memberi undi kepada calon BN.
Semuanya untuk memastikan kebajikan penduduk kawasan P093 ini akan terbela di bawah seorang wakil rakyat yang terbukti ‘kelas A’.
Andai bapa kepada calon lawan sendiri mengesahkan bahawa calon BN seorang yang bagus, apakah lagi yang harus dinafikan dan diharapkan? SUMBER



Wednesday 8 June 2016

#PrkSungaiBesar BENDERA PARTI POLITIK DIBAKAR !!!

Gambar Hiasan
Polis menerima empat laporan berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar membabitkan perbuatan khianat seperti mencabut dan membakar bendera parti politik serta kecurian dalam bilik gerakan parti politik.
Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK itu, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata pihaknya turut menerima laporan mengenai penerbitan gambar individu yang telah diedit serta mengandungi kata-kata negatif terhadap sebuah parti politik dalam Facebook.
Mengulas lanjut, Khalil berkata kes kebakaran bendera dilaporkan berlaku di bilik gerakan sebuah parti politik di Parit 10, Sungai Panjang di sini, kira-kira 4 pagi tadi.
“Pengadu mendapati longgokan bendera parti telah dibakar dan sebahagian dinding bilik gerakan turut terbakar. Pengadu dan beberapa penduduk di kawasan itu telah memadamkan api tersebut,” katanya kepada pemberita semalam.
Khalil berkata laporan seterusnya membabitkan tindakan beberapa individu mencabut beberapa batang bendera berlambangkan sebuah parti politik di tepi Jalan Parit 5 menuju ke Bagan Sekinchan di sini, kira-kira 3 pagi tadi.
Sementara kes kecurian dalam bilik gerakan parti politik pula dilaporkan berlaku di Parit 9 Timur Jalan Baru di sini, kira-kira 9 pagi semalam, (6 Jun) apabila pengadu mendapati dompet mengandungi wang tunai RM800 dan kira-kira 12 kerusi plastik serta tiga meja plastik yang diletakkan dalam bilik gerakan itu telah hilang, katanya.
Khalil berkata bagi kesalahan membakar dan mencabut bendera, pihaknya melakukan siasatan mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan sementara bagi kes kecurian disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Kes penerbitan di Facebook pula dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Saya sekali lagi mengulangi ingatan supaya tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan ketika berkempen serta tidak merosakkan dan melakukan khianat ke atas harta awam atau pihak lain,” katanya.
Khalil dalam pada itu menasihati pihak-pihak yang berkempen supaya mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan serta tidak menghantar permohonan permit untuk mengadakan ceramah di saat-saat akhir.
Khalil turut mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di talian 03-32242222 atau di Facebook Rasmi Polis Selangor.
PRK itu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi ditentang calon Pas yang juga Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.
PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. SUMBER

KEMENANGAN BN SUNGAI BESAR DEMI PEMBANGUNAN SETERUSNYA !!!



SUNGAI BESAR, 7 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Sahadan berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Sungai Besar merupakan kayu pengukur bagi membuktikan kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO dan BN.
Justeru tambah beliau jentera BN perlu bekerja keras dan menggunakan segala strategi serta kaedah dalam usaha untuk memenangi kerusi parlimen ini.
Menurutnya, kerusi parlimen Sungai Besar  adalah milik BN sebelum ini justeru itu ianya perlu dipertahankan untuk memperlihatkan bahawa BN masih lagi relevan serta lebih dominan berbanding parti-parti lain di Sungai Besar.
“Menjelang dua tahun lagi, kita akan menghadapi pilihanraya umum, jadi PRK di Sungai Besar  ini adalah salah satu kayu pengukur untuk membuktikan bahawa Sungai Besar masih lagi menjadi kubu kuat UMNO. Jadi kita tidak ada pilihan lain selain daripada bekerja keras, menggunakan segala strategi kaedah dan cara untuk memenangi pilihanraya kecil Sungai Besar kali ini.

“Kepada pengundi Sungai Besar, daripada pertandingan tiga penjuru ini kita mestilah melihat kepada calon yang sudah terbukti memberikan jasa dan baktinya kepada rakyat di kawasan ini. Dan bagi saya, calon itu tak lain dan tak bukan ialah calon BN,Budiman Zohdi,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambah Sohaimi lagi, jika mahu dibandingkan antara ketiga-tiga calon yang bertanding di dalam PRK di parlimen ini, nama Budiman begitu sinonim dengan pengalaman dan khidmat sebaik mungkin yang telah beliau berikan kepada rakyat di kawasan ini.
“Budiman hari ini merupakan ADUN Sungai Panjang dan nama bagi saya, nama beliau menjadi begitu sinonim dengan rakyat di Parlimen ini berdasarkan  perkhidmatan baik yang diberikan beliau kepada rakyat di kawasan ini sebagai ADUN.
“Dan sekiranya pengundi memberikan undi kepada beliau dalam PRK ini, maka ianya adalah peluang kepada beliau dalam konteks untuk melebarkan lagi skop perkhidmatan beliau kepada peringkat parlimen pula.
“Jadi ini merupakan peluang bagi beliau boleh melaksanakan dua perkara dalam masa yang sama dan di kawasan yang sama berbanding dengan calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman yang  berasal dari Meru, di mana agak sukar bagi seseorang wakil rakyat itu untuk  menjaga dua kawasan yang berjauhan,” tegasnya.
Selain itu kata beliau lagi,  calon Pas itu juga bukanlah merupakan anak tempatan di kawasan ini dan sudah pasti beliau agak kurang memahami  masalah setempat penduduk di Sungai Besar ini.
“Manakala calon PAN pula, biarpun beliau berasal daripada kawasan ini, tetapi masih belum terbukti khidmatnya kepada masyarakat di kawasan ini. Jadi kerana itu saya fikir pada PRK kali ini, penduduk dan rakyat di Sungai Besar ini perlu sekali lagi memberikan undi mereka  kepada calon BN.
“Ini adalah  untuk memastikan segala perancangan pembangunan daripada pelbagai sudut yang telah dirancang oleh wakil rakyat BN sebelum ini, Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon dapat diteruskan di kawasan ini,” katanya.

Tuesday 7 June 2016

#PrkSungaiBesar PAS BERBUKA PUKUL 4 PETANG !!!



MUNGKIN seperti tidak percaya parti Islam menganjurkan jamuan pada waktu berpuasa? Tapi itulah yang terpampang pada iklan dari PAS di Bandar Sungai Besar semalam.
Iklan jemputan untuk orang ramai itu dipercayai salah satu acara kempen untuk memperkenalkan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ini.
Peliknya, acara yang dinamakan “Jamuan Rakyat” itu berlangsung pada jam 4.00 petang, 6 Jun 2016 di Dewan Serbaguna Bagan Sg Besar.
Turut kelihatan pada iklan tersebut adalah gambar Abdul Rani dan logo PAS.
Persoalannya, kenapa acara jamuan diadakan sebelum waktu Asar iaitu pada jam 4.00 petang di hari pertama dalam bulan Ramadan?
Untuk rekod, waktu berbuka puasa bagi kawasan Sungai Besar adalah 7.25 malam, dan bukan jam 4.00 petang.

#PrkSungaiBesar HIDUP NELAYAN MAKIN DISEKSA KERAJAAN SELANGOR !!!



“Bantuan tidak pernah beri, cukai mereka mahu kutip. Ini satu tindakan yang tidak adil” luah Tan Ah Lek, seorang nelayan Sekinchan tentang nasibnya.
Lihatlah bagaimana pentadbiran Azmin dan Pakatan Harapan mentadbir di Selangor. Jika beginilah keadaannya, maka pengundi Sekinchan perlu memberi undi kepada BN.
“People signal” perlu  dihantar untuk mengingatkan Azmin. Kerajaan negeri Selangor tidak boleh sekadar berbangga dengan benda kosmetik seperti bas percuma tetapi isu periuk nasi rakyat mereka abaikan.
Jika pengundi Sekinchan masih lagi tidak mahu berubah, masih lagi mempercayai DAP dan PAN maka nasib mereka sampai bila bila pun akan ditindas oleh Azmin dan ADUN DAP Sekinchan.

Pembelaan tidak akan ada, kerana Azmin tidak akan peduli lagi setelah undi dia dapati. Lihatlah bagaimana keadaan pengundi di Gombak, ibarat menanti bulan jatuh ke riba jika hendak berjumpa dengan Ahli Parlimen mereka.
Rizab Selangor sudah lebih dari cukup. Mengapa cukai nelayan masih mahu dikutip? Mengapa poket seluar lusuh nelayan masih mahu dikoyak untuk isi pendapatan kerajaan negeri Selangor? Itu tidak adil. Hentikan ketidak adilan ini.


Monday 6 June 2016

BUDIMAN SENTIASA SERASI DENGAN PENDUDUK SUNGAI BESAR !!!



Meskipun menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’, Budiman Mohd Zohdi yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, cukup dikenali dan serasi dengan penduduk di kawasan itu.
Ini kerana, beliau adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Panjang yang berada di bawah Parlimen berkenaan selain Sekinchan.
Anak tempatan berumur 44 tahun itu juga dianggap calon paling tepat untuk meneruskan legasi penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, yang terkorban dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, pada 11 Mac 1972, Budiman yang berkahwin dengan Norma Aida Abdullah, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikurniakan seorang anak perempuan berumur 16 tahun.
Beliau yang juga Setiausaha ADUN BN Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di UKM pada 1997, Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Politik di UKM.
Budiman sebelum ini pernah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dan pernah bertugas sebagai pengurus latihan dan kualiti, Group Business Assurance di Telekom Malaysia.
Kredibiliti beliau dalam kepimpinan terserlah apabila pernah memimpin Pergerakan Mahasiswa di politeknik dan universiti tempatan dari tahun 1992 sehingga 1997 dan memenangi pilihan raya kampus pada zaman tersebut.
Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu juga pernah dipilih sebagai pendebat terbaik Universiti ASEAN pada 1996 dan pendebat terbaik Universiti-universiti Malaysia pada 1997.
Budiman adalah anggota lembaga pengarah dalam Yayasan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Maktab Koperasi Malaysia selain merupakan pengerusi Jaringan Pemidato Malaysia yang mengumpulkan para pemidato berbilang bangsa dari seluruh negara.
Selain aktif dalam bidang politik, ADUN Sungai Panjang itu turut mengutamakan bidang kebajikan yang beliau adalah pengerusi Yayasan Harapan Budi yang memfokuskan kepada celik Teknologi Maklumat (IT) dalam kalangan kanak-kanak, kesedaran politik dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kemiskinan dalam kalangan belia.
Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan juga tidak boleh dinafikan apabila Budiman aktif menulis rencana berkaitan isu semasa di akhbar-akhbar utama selain telah menghasilkan tiga buah buku dan aktif dalam media sosial.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Budiman menewaskan Mohd Fadzin Taslimin daripada PAS dengan majoriti 2,183 undi.
PRK Parlimen Sungai Besar yang ditetapkan pada 18 Jun ini, menyaksikan Budiman ditentang calon daripada PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Parlimen itu mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa (42,365), pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4), PRK Parlimen Sungai Besar adalah PRK ke-11 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
— BERNAMA




Wednesday 1 June 2016

BUFFET RAMADHAN BUY 1 FREE 1 DI KLI HOTEL !!!



Sempena Ramadhan 2016, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) menawarkan baucer 1 percuma 1 untuk buffet Ramadhan pada kali ini.


Sehubungan itu, pihak KLI turut menawarkan baucer 2 percuma 1 dimana orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran baucer percuma sekali gus dapat menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga tersayang.

Dengan buffet yang menepati citarasa, KLIH yang menyediakan hidangan berbuka puasa ini mengutarakan masakan Melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.

Antara hidangan yang menjadi tarikan di KLIH iaitu 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Tambahan pula, hidangan buffet ini turut menyajikan Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, disamping tidak melupakan hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa.


Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, ‘hot plate’ dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian tradisional di sini.

Hidangan popular di bulan Ramadhan ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada peminat setia masakan kampung. 

Untuk tempahan hubungi KLIH di talian:03-26978833/016-2108833/016-9108831, atau layari www.klitel.com.my atau terus ke www.facebook.com/klihotel


Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

Member BSK