Pages

Thursday 13 September 2012

DAP MAHU SAMAN PAS.. PAKATAN IDEAL...

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Malah katanya, beliau juga tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini berhubung gesaan supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang serta pelaksanaan hukum hudud yang menimbulkan rasa kurang senang Karpal.
"Saya baca kenyataan beliau dalam sebuah akhbar dan saya juga telah sebutkan sebelum ini, saya bersedia bertemu beliau di mahkamah," katanya seperti disiarkan Buletin Utama, TV3 malam tadi.
Nasharudin ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menghadiri Forum Antarabangsa Ahli Parlimen Islam selama 10 hari.

No comments:

Post a Comment