Jumlah Pengunjung

Wednesday 27 February 2013

Presiden CUEPACS Tunjuk Belang Sebenar !!!



Jika sebelum ini Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.Kenyataan Presiden CUEPACS itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik kerana selama ini pertubuhan tersebut sering bersikap kritikal meluahkan pandangannya terhadap dasar-dasar kerajaan.

Perubahan pandangan ini berikutan berbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu yang dilakukan oleh kerajaan BN.Menurut Omar, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum."Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.
"Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.

Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam."Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja," katanya.Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am."Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang," katanya.
Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M.CUEPACS merupakan gabungan yang terdiri daripada 100 kesatuan sekerja sektor awam yang menaungi 1.4 juta penjawat awam serta 500,000 pesara kerajaan.

Pada 21 Febuari lalu, Omar dalam satu pertemuan dengan lebih 3000 pemimpin CUEPACS mengatakan gabungan tersebut sudah sejuk hati dan akan jadi tiang seri dan enjin penting kepada kerajaan.Malah kata omar selaon 1.4 juta penjawat awam serta jika diambil kira ahli keluarga mereka, ada kira-kira 8 juta yang boleh memastikan kerajaan sedia ada kekal demi menjamin penjawat awam mendapat pelbagai manfaat.
“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan tolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” katanya.

Maksud Omar jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.






No comments:

Post a Comment

Member BSK