Jumlah Pengunjung

Wednesday 27 March 2013

KENAPA SULTAN SELANGOR MENGAMUK DENGAN ANWAR NI ???




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berangkat atau menghantar wakil ke Himpunan Majlis Menjunjung Kasih Sultan Selangor yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam awal April ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat yang dihantar oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani kepada penganjur himpunan tersebut, Datuk Tengku Shaifulliazan Tengku Zainal Abidin.

Utusan Malaysia yang turut menerima salinan surat tersebut menjelaskan baginda merasa amat dukacita dan murka kerana Yang Dipertua Kongres Melayu Nusantara itu membuat kenyataan akhbar berhubung keberangkatan Sultan Sharafuddin dalam himpunan tersebut sebelum baginda memberikan apa-apa jawapan.

Walau bagaimanapun, surat yang ditandatangani oleh Mohamad Munir itu menjelaskan baginda menerima surat jemputan daripada pihak Tengku Shaifulliazan pada tarikh yang sama.

Perkara tersebut merujuk kepada kenyataan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac lalu tentang artikel Himpunan Majlis Menjunjung Kasih Sultan Selangor April ini.

Menurut surat itu, perbuatan Tengku Shaifulliazan mengeluarkan kenyataan akhbar sebelum mendapat perkenan baginda akan mengelirukan masyarakat dan rakyat yang mana ini akan menjejaskan nama Sultan Selangor.

"Di sini baginda menitah maklum yang baginda tidak akan berangkat hadir atau menghantar wakil ke majlis yang dinyatakan. Baginda juga menitahkan agar perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," jelas kandungan surat itu.


No comments:

Post a Comment

Member BSK