Jumlah Pengunjung

Wednesday 17 April 2013

JANJI AISHAH PON DAH JADI HARAM JADAH !!!




Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, sekiranya dia memenangi kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini, dia akan menggunakan kuasa yang ada untuk tujuan menggubah artis mengikut lunas-lunas seperti yang dipraktikkan dalam Islam.

"Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni," katanya.

Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkata, dia mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai.

Malah katanya, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik.

Dalam pada itu Aishah berkata dia sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya.

"Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)," katanya yang kelihatan agak penat sejak menyertai politik sepenuh masa.


1 comment:

  1. Sebagai ahli parlimen (kalau menanglah dng isa felda) aku rasa dia bukan sahaja boleh ubah artis malaysia, bahkan artis dunia. Mat sabu boleh Bantu.

    ReplyDelete

Member BSK