Jumlah Pengunjung

Tuesday 16 April 2013

NIK AZIZ LARI DARI BERJUMPA ORANG ASLI KELANTAN !!!




Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili 18,000 Orang Asli dari 18 pos di Hulu Kelantan, membuat deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat kerajaan Pas Kelantan telah gagal sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

Deklarasi tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat dihadiri oleh 18 Ketua Pos Orang Asli bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek, Pos Kuala Betis di sini hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut, mereka turut mendakwa ditipu oleh kerajaan Pas
Kelantan yang dikatakan berjanji mahu meningkatkan ekonomi Orang Asli melalui Ladang Rakyat, namun yang berlaku adalah sebaliknya, tanah adat digondolkan untuk pembalakan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran.

Pengerusi Jaringan, Azmi Badol, 38, berkata, keputusan sebulat suara itu juga
dibuat bagi menafikan kenyataan kerajaan Pas Kelantan melalui Timbalan Menteri

Besar, Datuk Ahmad Yakob yang disiarkan sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan kononnya Ladang Rakyat tidak melibatkan kawasan Orang Asli, malah tiada tanah mereka yang dirampas.

"Bagi kami, kenyataan itu adalah sangat bersifat politik dan lari daripada isu
sebenar iaitu Orang Asli sudah terjejas. Justeru hari ini kami bermesyuarat dan
membuat keputusan bahawa Ladang Rakyat ini telah menjadi punca tanah adat Orang Asli digondolkan dan menjejaskan kehidupan kami.

"Kami masyarakat Orang Asli Kelantan hari ini bangun menentang kerajaan Pas
Kelantan atas kezaliman mereka dan meminta timbalan menteri besar supaya menarik balik kenyataan yang dibuatnya itu melalui surat khabar," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Menurut Azmi, mesyuarat itu diwakili oleh masyarakat Orang Asli dari Pos Kuala
Betis, Pos Pulat, Pos Jedip, Pos Tohoi, Pos Pasik, Pos Bohai, Pos Belatop, Pos
Brook, Pos Gob, Pos Simpo, Pos Hau, Pos Ber, Pos Tuel, Pos Rual, Pos Aring, Pos Kuala Lah dan Pos Wok.


No comments:

Post a Comment

Member BSK