Jumlah Pengunjung

Thursday 26 September 2013

TERKINI... PENGAWAS SEKOLAH CEDERA KENA BELASAH !!!



Seorang pelajar tingkatan tiga yang juga pengawas sekolah cedera selepas dipukul sekumpulan pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Sungai Nibong, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pukul 11 pagi dan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati dua daripada suspek yang ditegur pengawas sekolah berkenaan berhubung pakaian mereka.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menaiki tangga berhampiran sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dia didatangi dua pelajar lelaki yang dikenalinya dan menampar mangsa.

"Dua suspek itu kemudian disertai antara 10 dan 15 pelajar tingkatan lima yang menyerang dan memukul mangsa sebelum dileraikan oleh guru," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mangsa kemudian dibawa oleh ibunya yang dihubungi pihak sekolah, ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan dan disahkan mengalami retak tulang muka selain lebam teruk di seluruh badan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, beliau telah mengarahkan pihak sekolah supaya menjalankan siasatan terperinci.

"Saya juga mahu pihak sekolah memanggil semua ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kejadian itu bagi menyelesaikan isu berkenaan dengan baik," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dengan memanggil pelajar yang berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. - BERNAMA







No comments:

Post a Comment

Member BSK