Pages

Friday 1 November 2013

KUASA GUAN ENG MENJADIKAN SEMUA AHLI DAP MENJADI BABI KURAP !!!



Tindakan pemimpin DAP Pusat menubuhkan jawatankuasa pendamai yang diketuai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menyelesaikan konflik dalaman parti itu di negeri ini dibantah ahli-ahlinya sendiri.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Taman Kristal, Law Theng Hooi berkata, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng tidak mempunyai kuasa melantik Tony untuk menyelesaikan kemelut tersebut selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membuat keputusan berhubung pelantikan jawatankuasa sementara DAP Kedah memandangkan dua laporan sudah dibuat.

Beliau turut mendesak Guan Eng menyerahkan laporan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu secepat mungkin kepada ROS supaya penilaian segera dapat dilakukan berhubung status pelantikan jawatankuasa itu.

Menurutnya, selagi ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa sementara yang dilantik CEC itu, ahli-ahli DAP Kedah beranggapan hanya jawatankuasa negeri yang dipilih ahli ketika mesyuarat pada 2010 adalah sah.

"Begitu juga selagi ROS belum buat pengesahan tentang kesahihan jawatankuasa itu, Guan Eng tidak ada kuasa lantik Tony sebagai jawatankuasa pendamai mahupun Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara DAP Kedah.

"DAP Kedah pada asasnya tidak ada masalah langsung sehingga CEC menghantar seorang wakil dan masalah itu datang daripada CEC, bukan daripada DAP Kedah," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri beberapa ahli jawatankuasa cawangan DAP Kedah di sini hari ini.

Kemelut antara DAP Kedah dan pusat dilaporkan berlaku apabila wujud dua kepemimpinan susulan pelantikan jawatankuasa sementara yang dipilih CEC parti itu.

Namun, Ahad lalu, Guan Eng dilaporkan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu di Kedah yang diketuai Tony.

Menurut Theng Hooi yang juga bekas Bendahari DAP negeri, pihaknya mahu ROS segera menyiasat dan menentukan jawatankuasa DAP Kedah yang sah iaitu sama ada yang dilantik CEC pada September lalu atau dalam mesyuarat agung DAP negeri pada 2010.

Katanya, beliau difahamkan setakat ini laporan CEC tersebut belum dihantar kepada ROS meskipun DAP perlu berbuat demikian dalam tempoh 60 hari selepas CEC.

"Oleh itu, kami mendesak laporan tersebut dihantar secepat mungkin bagi membolehkan ROS membuat penilaian sama ada pelantikan jawatankuasa sementara itu sah atau tidak," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Cawangan DAP cawangan Alor Setar, Tang Chuan Ping mendakwa, pelantikan Zairil sebagai pengerusi sementara DAP Kedah oleh CEC dilakukan secara terburu-buru sedangkan jawatankuasa negeri yang sah sudah membuat laporan kepada ROS.

"Kami sebulat suara menolak pelantikan Zairil dan DAP Alor Setar berdiri teguh di belakang jawatankuasa terdahulu," katanya yang juga Pengerusi DAP Cawangan Alor Setar.







No comments:

Post a Comment