Jumlah Pengunjung

Thursday 21 May 2015

MALAM MUNAJAT SEJARAH BELIA BARU !!! #FBP2015



Sangat mengagumkan, begitulah keadaan yang telah berlaku di “malam indahnya bermunajat” yang telah berlangsung pada malam pertama dipentas utama sempena Festival Belia Putrajaya 2015 di presint 4. Dengan cuaca yang amat baik, kehadiran belia sedikit demi sedikit telah menceriakan lagi suasana program yang bersejarah pada kali ini.




Bermula pada pukul 5.30 petang telah dimulakan dengan persembahan nasyid, diikuti pula pada pukul 7.30 petang solat maghrib berjemaah dihadapan pentas utama sambil diadunkan tazkirah perdana. Selepas solat isyak, majlis selawat telah mengambil tempatnya sementara menunggu acara kemuncak tausiah sehingga ke akhir program pada malam ini.

Kehadiran belia seramai empat ribu penonton telah memenuhi ruang di hadapan pentas utama yang ternyata memberikan satu kepuasan kepada mereka semua. Antara artis yang telah membuat persembahan pada malam ini terdiri dari kumpulan In Team, kumpulan Nur Ahlil Badar dan Ar-Ridzuani.


Semoga program sebegini dapat di teruskan lagi pada tahun hadapan, demi untuk memupuk semangat cintakan agama dan rasul di dalam hati semua belia terutama yang beragama islam.








No comments:

Post a Comment

Member BSK