Pages

Tuesday 14 June 2016

#PrkSUngaiBesar KEMPEN BUDIMAN MEMUASKAN HATI PENGUNDI SUNGAI BESAR !!!



BAGAIMANA cara kempen mereka? Parti Amanah Negara atau PAN yang menjadi calon pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dipercayai mewakili DAP sudah mula tercemar imejnya sejak minggu pertama berkempen.
Tindakan DAP (yang berada di belakang PAN) menaikkan papan iklan berunsur provokatif di kawasan kubu kuat mereka telah mengundang kemarahan masyarakat Melayu di Sungai Besar keseluruhannya.
Malah, walaupun pada asalnya tujuan itu untuk menarik sokongan pengundi Cina kembali kepada PAN atau DAP, namun ramai juga dari kalangan pengundi Cina yang tidak berpuas hati dan menyifatkan tindakan DAP/PAN adalah biadap.
Tidak hairanlah jika Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah mula masuk ‘gear 5’ berkempen di Sungai Besar, memandangkan sokongan pengundi Melayu sudah terarah ke Barisan Nasional (BN).
Juga ada segelintir pengundi kaum Cina juga sudah tidak selesa untuk menyokong DAP/PAN khususnya di kawasan Sekincan. Bagi pengundi kaum India pula, mereka konsisten akan terus menyokong calon BN.
PAS pula menampilkan ‘wakil rakyat kawasan jiran’ sebagai calon mereka di Sungai Besar. Ini menyebabkan dalam kalangan pengundi Melayu khususnya timbul rasa kurang selesa dan tidak berpuas hati.
Walaupun PAS dilihat lebih banyak berkempen dengan menyerang parti serpihannya iaitu PAN, namun tujahan pengundi di Sungai Besar masih tidak terarah kepada calon dari PAS. Dalam hal ini tidak timbul soal profesionalisme atau nama parti, tetapi penduduk setempat mementingkan wakil rakyat yang mudah didekati dengan mesra dan ‘cara kampung’.
Mungkin sebab berlakunya kemerosotan sokongan, Presiden PAS tiba ke Sungai Besar untuk mengeluarkan ‘fatwa politik’ baharunya pada malam semalam.
Dengan harapan para pengundi Melayu akan berasa sedikit ‘cuak’ dengan kenyataan tersebut dan membiarkan PAN dan BN tanpa memberi sebarang undi daripada mereka. Namun, corak berkempen PAS masih ditakuk yang lama iaitu menggunakan ‘fatwa politik’ untuk memberikan pengundi berasa serba salah, jika mereka kurang faham.
Berbeza pula dengan pendekatan berkempen yang digunakan oleh calon BN yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang. Dengan hanya memperuntukkan tiga jam rehat di siang hari (1 hingga 3 petang) dan tidur selama dua jam sahaja setiap hari, Budiman Mohd Zohdi mensasarkan 3,000 pengundi ditemunya setiap hari.
Cara Budiman berkempen cukup fokus dan berstrategi, pada sebelah pagi setiap hari, beliau akan memasuki kawasan-kawasan komuniti Cina khususnya di Sekincan walaupun ke beberapa tempat yang dilabelkan sebagai ‘hitam’.
Disebelah petang akan turun ke program-program bersama kepimpinan parti mahupun masyarakat setempat, manakala di sebelah malam pula beliau akan menyantuni para penduduk berbangsa Melayu khususnya di DUN sendiri.
Tidak cukup dengan itu, beliau menggunakan media sosial untuk memuatnaik status-status yang ‘mesra’ dan bersahaja. Budiman juga memperkenalkan kempen hashtag ‘#inilahBudiman‘ dan mengekalkan imej kekampungannya itu.
Mungkin sudah boleh terjawab persoalan mengenai bagaimana cara ketiga-tiga calon di PRK Sungai Besar ini berkempen bagi merebut sokongan dan undian dari 42,837 pengundi. Daripada jumlah tersebut, 66 peratus adalah berbangsa Melayu, 31 peratus berbangsa Cina dan India hanya dua peratus.
Penentu kepada keberkesanan kempen antara tiga-tiga calon ini akan diketahui selepas selesainya proses membuang undi pada 18 Jun depan. Pilihlah wakil rakyat yang penuh berhemah dan mementingkan rakyat agar nasib dan kebajikan warga Parlimen Sungai Besar terbela. (SUMBER)


No comments:

Post a Comment