Jumlah Pengunjung

Sunday 3 July 2016

SELEPAS PEGANG ANJING DIA BUAT BERBUKA PUASA DI GEREJA PULA !!!



PETALING JAYA: Satu majlis berbuka puasa ‘antara agama’ yang dirancang diadakan di sebuah gereja Katolik di sini telah dibatalkan atas nasihat polis.
Acara itu yang sepatutnya diadakan di Church of Assumption, petang Jumaat, dibatalkan selepas penganjur dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap mereka.
“Seseorang telah membuat laporan polis dan dua anggota polis pergi ke gereja memberi amaran bahawa ada individu atau kumpulan yang mungkin akan menimbulkan masalah,” kata peguam bela sosial Syed Azmi Alhabshi dalam satu posting di Facebook.
Ketika dihubungi, Syed Azmi berkata selepas diberitahu mengenai laporan itu, pihak penganjur telah mengadakan perbincangan sama ada gereja harus meneruskan acara itu, sambil menambah semuanya dilakukan dengan niat yang baik.
“Kita tidak akan tahu sama ada ia mempunyai kesan negatif atau positif, tetapi kita lebih fikirkan tentang kepentingan keselamatan orang ramai,” katanya.
Syed Azmi, yang telah diminta oleh pihak penganjur untuk menjadi penasihat sensitiviti dan budaya Islam berkata polis telah melakukan yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya situasi tertentu, di mana ia telah dimaklumkan kepada jawatankuasa penganjur.
“Tetapi apabila mendapat tahu acara seperti itu telah mendapat ‘perhatian’ bermakna ia mempunyai kesan.”
Beliau berkata majlis berbuka puasa itu telah dibuat di luar bangunan gereja.
Rayyan Haries, 25, yang menghadiri majlis berbuka puasa itu memberitahu The Star Online bahawa beliau membuat keputusan untuk menyertai majlis itu dengan rakan-rakan kerana adalah penting untuk mengetepikan perbezaan agama dan kaum untuk meraikan semangat sebenar Ramadan.
“Saya menyukainya,” katanya.
Beliau juga berkata adalah penting untuk majlis-majlis seperti itu dianjurkan kerana ia meningkatkan peluang kepada rakyat Malaysia memahami maksud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.
Rayyan berkata kira-kira 15 orang telah hadir di majlis berbuka puasa di luar gereja itu.
“Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga mempamerkan cinta anda untuk orang lain,” katanya.
SUMBER

1 comment:

  1. Di Singapura Majlis Ugama Islam Singapura jemput ramai orang Cina, India, dan lain bangsa makan berbuka puasa bersama orang Melayu banyak masjid-masjid disini. Termasuk 'Lonjong', Vivian Balakrishnan, Grace Fu, akar umbi PAP Cina pun masuk masjid dengan skirt pendek mereka. Apa nak jadi orang Melayu Islam Singapura? Sudah terlampau.

    ReplyDelete

Member BSK