Pages

Friday 16 September 2016

AL-FATIHAH.. TUAN GURU HARON DIN KEMBALI KERAHMATULLAH!!!


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung kira-kira pukul 10.10 pagi ini (waktu tempatan).

Menurut Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan, seluruh pihak Pas mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Allahyarham Tuan Guru (Haron) serta menggolongkan beliau dalam kalangan hambanya yang soleh.

"Ini merupakan satu kehilangan besar buat Pas khasnya dan seluruh umat Islam," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Sementara itu, anak Allahyarham, Najmi dalam satu catatan kiriman WhatsApp mengesahkan pemergian Allahyarham.

"Ayahandaku telah pergi menemui Maha Pencipta..aku terima ketentuan Yang Maha Esa...Ampunkanlah dosanya, kasihanilah jasadnya..doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada bersama-sama dengan para anbia serta solihin,"katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment