Jumlah Pengunjung

Wednesday 5 April 2017

MAAF NAJIP ALI TIDAK IKHLAS!!! #Najibali


Setelah hampir seminggu barulah permohonan maaf dikeluarkan oleh Najip Ali. Namun bagi aku itu bukanlah permohonan maaf yang ikhlas atas kesalahannya kepada jutaan rakyat malaysia. Disebabkan kebodohan dan keegoannya yang tinggi, pihak Astro dan kerajaan malaysia haruslah menyenarai hitamkan najip ali dari terus membuat persembahan didalam negara ini. 

Dibawah merupakan komen permohonan maaf tidak ikhlas dari najip ali.. 

Stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip Ali hari ini meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan satu segmen yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri Malaysia itu dalam rancangan OK Chope!.


Pada Rabu lepas, Mediacorp Channel 5 menyiarkan satu episod rancangan komedi OK Chope! yang turut menampilkan segmen berkenaan perdana menteri.


Penonton kemudian memberikan respons bahawa segmen itu menyakitkan hati, kata saluran itu dalam satu kenyataan dalam laman webnya.


“Channel 5 dan pasukan produksi di sebalik OK Chope! memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak atas satu segmen pada episod minggu lepas.


“OK Chope!, sebuah rancangan mingguan yang disiarkan secara langsung menampilkan para pelawak yang memberikan pandangan lucu mengenai berita dan hal ehwal semasa.


“Episod pada minggu lepas termasuk komen-komen yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai tidak berhemah dan menyakitkan hati. Oleh itu, kami telah menarik balik siaran ulangannya berkuat kuasa serta-merta.


“Kami memohon maaf atas kesilapan ini,” kata Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp Debra Soon.


Dalam kenyataan yang sama, Najip Ali berkata, “Sejak beberapa hari lepas saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut.


“Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” katanya.


OK Chope! yang dihoskan Vernetta Lopez menampilkan ahli panel Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See yang cuba untuk ‘chope’ ke atas satu sama lain bagi memberikan pandangan mereka mengenai kejadian terbaharu di media sosial, berita dan budaya pop. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Member BSK