Pages

Thursday 1 June 2017

GUAN ENG JUAL TANAH NGO PULAU PINANG LAPOR SPRM!!!


PULAU PINANG 1 Jun - Kontroversi penjualan tanah awam di Lebuh Raya Peel  oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang memasuki episod baharu apabila beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kumpulan NGO berkenaan yang diketuai Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan tiba di ibu pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.



Sebelum membuat laporan rasmi, Cheng Guan berkata, pihaknya terkejut kerana tanah berkenaan yang bernilai ratusan juta telah dijual secara tanpa tender terbuka kepada syarikat luar negara.

“Disebabkan rundingan terus dalam transaksi ini, rakyat negeri ini telah kerugian hampir RM30.28 juta secara kasar dan kita membuat laporan kepada SPRM supaya perkara ini dapat disiasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment