Pages

Monday, 17 September 2012

Anwar dicabar sangkal dakwaan Nallakaruppan

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengadakan sidang akhbar bersama isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, tujuan sidang akhbar itu adalah untuk menyangkal dakwaan skandal seks Anwar dengan Shamsidar seperti didakwa oleh bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu, Datuk S. Nallakaruppan.

"Kita ucapkan tahniah kepada Anwar kerana melantik diri sendiri memegang jawatan Ketua Wanita pakatan pembangkang dan Anwar tidak perlu bincang mengenai undi wanita luar bandar.
"Ini kerana tugas utama Anwar selaku Ketua Wanita pakatan pembangkang adalah untuk mengaturkan sidang akhbar bersama antara Wan Azizah dan Shamsidar bagi membincang dan menyangkal dakwaan Nallakaruppan mengenai hubungan sulitnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment