Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang berasa
tercabar apabila kerajaan memilih slogan �Janji Ditepati� termasuk
ketika beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, semalam.
Kata Perdana Menteri, keadaan itu berlaku kerana pembangkang sedar
janji-janji yang ditabur mereka tidak mungkin dapat ditunaikan.
�Apabila kita pilih tema Janji Ditepati, mereka melenting sebab tahu
janji mereka tidak boleh ditunaikan. Barisan Nasional (BN) tidak janji
perkara yang tidak boleh ditunaikan, kita berpijak di bumi nyata,"
katanya ketika berucap pada majlis �Jelajah Janji Ditepati� di Stadium
Belia dan Sukan Paroi di sini hari ini.
Lebih 20,000 anggota masyarakat dari seluruh pelosok negeri
memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad
Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.
Pada majlis itu Najib turut melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) Seremban yang bakal dibina di empat lokasi strategik membabitkan
pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dalam tempoh dua tahun.
Najib berkata, pemilihan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0
yang diumum dalam Bajet 2013 juga merupakan satu sindiran kepada
pembangkang ekoran menganjurkan Bersih 2.0.
�Kita namakan BR1M 2.0 sebenarnya satu sindiran sebab pembangkang
anjur Bersih 2.0 yang langsung tidak bersih, tetapi kita bagi BR1M untuk
kesejahteraan rakyat.
�Kalau negara kita makmur, kerajaan akan kongsi kejayaan dengan
rakyat, jadi rakyat mesti yakin kerajaan sentiasa fikir apa yang telah
dan yang baru akan dilakukan untuk rakyat," katanya.
Perdana Menteri mengaku selepas membentangkan Bajet 2013 semalam,
banyak perkara yang difikirkannya terutama mengenai petikan surah
Al-Baqarah yang beliau baca kerana membawa makna yang sangat mendalam.
Surah yang menekankan kepada melakukan kebaikan itu, katanya, sangat
signifikan dengan apa yang dilakukan kerajaan, iaitu berlumba-lumba
untuk berbuat kebaikan dan bukannya menabur fitnah, mencerca dan jauh
sekali tidak menunaikan janji.
�Atas dasar itu rakyat terus meletakkan keyakinan dan menyokong
kerajaan pimpinan BN walaupun selepas 55 tahun merdeka dan melalui 12
kali pilihan raya umum.
�Hubungan yang saya anggap sebagai wa�ad antara kerajaan dan rakyat
ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat
yakin hanya satu kerajaan yang boleh menepati janji iaitu kerajaan BN,"
katanya.
Najib menjelaskan, Bajet 2013 bukan langkah untuk membeli undi
rakyat tetapi merupakan komitmen kerajaan bagi memakmurkan negara.
Beliau berkata, kerajaan tidak harus dituduh bersifat populis kerana
berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi
kepada rakyat.
Katanya, pelbagai dasar dan perbelanjaan yang dilaksana untuk
menggalakkan pertumbuhan ekonomi sehingga negara mampu mencatat
perkembangan memberangsangkan ketika dunia berdepan kemelut ekonomi,
merupakan antara kejayaan besar kerajaan selain penyenaraian Felda
Global Ventures Holdings (FGV) yang mencatat Terbitan Saham Awal (IPO)
kedua tertinggi selepas Facebook.
�Ini kebanggaan kita, jadi kita tak boleh dituduh sebuah kerajaan yang bersifat populis.
�Kerajaan yang bersifat populis adalah kerajaan yang tidak
bertanggungjawab, yang menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin
dapat dilaksanakan," katanya.
No comments:
Post a Comment