IPOH - Sikap keprihatinan dan kesedaran sosial yang ada pada penyanyi,
Cat Farish mendorong Yayasan Bina Upaya (YBU) memilih beliau sebagai
Duta pertama YBU dengan harapan mampu menarik minat generasi baru
menggembleng tenaga mencapai matlamat yang diharapkan.
Cat Farish ketika ditemui mengakui berbesar hati dengan pemilihan dirinya sebagai duta.
“Kepercayaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan saya sia-siakan
bagi menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan keprihatinan dan
sokongan.
“Saya mahu generasi muda-mudi hari ini tampil mengerahkan tenaga untuk
bersama-sama ke arah yang lebih produktif. Penyertaan sebagai
sukarelawan YBU dari semua golongan ini akan dapat memperkemaskan lagi
semua aktiviti yang akan dijalankan,” katanya.
Buat masa ini, beliau telah mencadangkan beberapa inisiatif kepada
pihak pengurusan YBU untuk tujuan memantapkan lagi usaha promosi.
Antaranya menyiarkan di saluran 1Malaysia TV yang merupakan saluran
televisyen online yang hanya boleh dilayari melalui internet, setiap
aktiviti yang dijalankan bersama YBU.
“Sebagai Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia TV, saya menawarkan sesi
penggambaran slot video selama 15 minit untuk semua aktiviti yang
melibatkan YBU. Saya menamakan slot ini sebagai ‘Kami Kesah’ yang
menumpukan kepada masyarakat keterbawahan yang disasarkan YBU,”
katanya.
Beliau yakin, YBU mampumenjadi satu organisasi yang berwibawa dan
membina upaya masyarakat keterbawahan tanpa merentasi batasan agama,
kaum dan latar belakang.
No comments:
Post a Comment