Shuhaimi atau mesra disapa Shumi berkata, pada waktu ini pihaknya enggan memikirkan mengenai isu tersebut sehingga hasrat yang disuarakan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu untuk mengambil tindakan benar-benar dilaksanakan.
"Kami hanya tunggu dan lihat sahaja buat masa ini. Kini kita lebih relaks dan bersabar dalam menghadapi isu itu walau apa sekali pun cerita yang ditimbulkan.
"Kami tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara itu melainkan pihaknya (Lim) benar-benar meneruskan tindakan undang-undang seperti yang dikatakan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Kontroversi berkenaan bermula apabila laman Facebook Tanda Putera memaparkan gambar Lim "dikasari" dengan kapsyen yang mendakwa ia diambil selepas beliau kencing di tiang bendera kediaman Menteri Besar Selangor di Kuala Lumpur sebelum rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku.
Gambar itu bagaimanapun telah dikeluarkan daripada laman itu pada Julai lalu setelah krew produksi filem berkenaan menerima ugutan dan ancaman.
Lim dalam kenyataannya sebelum ini berkata, gambar berserta kapsyen yang bertulis "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris" di laman filem itu adalah tidak benar dan memalukannya pada mata khalayak.
Susulan itu, beliau mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah di laman itu.
Mengenai dakwaan kononnya filem itu cuba mencetuskan isu perkauman, Shumi berkata, dia tidak mempunyai niat untuk memutar-belitkan fakta sejarah semata-mata untuk kepentingan tertentu.
Paparan gambar dan kapsyen di laman Facebook Tanda Putera yang didakwa Lim Kit Siang memfitnah dirinya.(Gambar )
"Sebagai penggiat seni, kami menghasilkan Tanda Putera mengikut apa yang berlaku dan tidak ada niat atau idea untuk memutar-belitkan fakta sebenar semata-mata untuk kepentingan atau agenda tertentu.
"Saya hanya mahu berkarya dan bukan mencari pasal dengan sesiapa pun menerusi karya-karya yang dihasilkan. Sebab itu saya hairan apabila beliau mahu saman kerana isu dalam laman Facebook itu sudah pun selesai," katanya.
Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).
Bapak komunis ni
ReplyDelete