PUCHONG 25
September – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih
kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan
mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam
serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja
dicekup.
Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit
dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di
dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.
Pengarah
Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis
diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis
dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.
Beliau
berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang
kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal
mempamerkan lesen perniagaan sah.
“Kebiasaannya pengusaha hanya
menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis
ini menawarkan harga dari RM150.
“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.
Pihaknya
percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment