PETALING JAYA 19 Sept. - Sekumpulan pegawai dari
Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini dilarang daripada
memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini,
untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan mengikut Akta
Pertubuhan 1966.
Pasukan terdiri daripada empat pegawai ROS dan dua anggota polis itu
tiba di premis tersebut pukul 11.55 pagi namun dihalang kakitangan
Suaram daripada memasuki pejabat.
Menurut Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, ROS diberi mandat
untuk menjalankan siasatan ke atas Suaram yang tidak berdaftar dan tidak
pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.
No comments:
Post a Comment