Pages

Wednesday, 10 October 2012

AKTIVIS PAS HALAU USTAZ YANG BERJASA 48 TAHUN DI PADANG RENGAS !!!

Negara berkebajikan itulah yang sering dilaungkan PAS untuk perjuangan hari ini,tiada lagi setelah perjuangan NEGARA ISLAM telah dikompromikan oleh usahasama PAS-DAP.

apa kebender menatang NEGARA BERKEBAJIKAN tuuuuu?

Konsep dan definisi:

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara".  
Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:  

1)    Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2)    Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3)    Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4)    Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5)    Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6)    Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7)    Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
http://presiden.pas.org.my
Ditulis oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Rabu, 27 Februari 2008 03:30

itu lah konsep dan definisi cakap tak serupa bikin Tu.gu Hadi kononnya PAS sebagai IBU BAPAK kepada Rakyat..Hari ini ada satu pendedahan CONTOH Pemerintahan NEGARA BERKEBAJIAKAN'KAN.. PEMERINTAHAN PAS sendiri telah tidak BERKEBAJIKAN dengan orang-orang mereka(AHLI PAS) tidak hairanlah otaimer-otaimer PAS kini mula muak dengan OPERA BERKEBAJIKAN PAS.
Ahmad Zaini Bin Abdul Rahim seorang guru (Ahli pas) dari MAAHAD AL YAHYAWIYAH (PADANG RENGAS,PERAK) telah menyampaikan konsep BERKEBAJIKAN puak-puak pemerintahan PAS diatas usaha Guru ini selama 50 tahun sebagai guru yang berkhidmat di MAAHAD AL YAHYAWIAH...Perilaku seperti "BELANDA RAMPAS TANAH" pihak pengurusan sekolah tersebut yang didalangi oleh:

- Haji Mohd Yazid B. Yeop Baharuddin (PENGERUSI LEMBAGA PENGURUSAN)
- YB. Hj. Zainuddin B. Mohd Yusof (ADUN PAS LUBUK MERBAU)
- Haji Mohd Radhi B. Petah (PENGETUA & AKTIVITIS PAS PADANG RENGAS )
- Azizi B. Riduan (GURU & AKTIVITIS PAS PADANG RENGAS )
- Mohd Fuad B. Hj. Hussin (GURU & AKTIVITIS PAS PADANG RENGAS )
Perbuatan ini saling tak tumpah seperti dari menikam belakang sahabat mereka sendiri sedangkan perkara seperti ini memerlukan perhatian dan perbincangan antara dua pihak malangnya tiada.

Dalam lampiran yang diserahkan pada saya, sedara Ahmad Zaini B. Abdul Rahim, Surat perintah dari pihak MAAHAD AL YAHYAWIYAH agar sedara Ahmad Zaini mengosongkan rumah/tanah (REZAB JKR DAN MASIH DI BAWAH URUS TADBIR PERTADBIRAN TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR) dalam tempoh 1 bulan setengah iaitu sebelum 30 november 2012 berhampiran MAAHAD AL YAHYWIYAH untuk pembinaan SURAU kononnya. Sedangkan saya dimaklumkan dikawasan berhampiran tersebut telah sedia ada 2 surau yang berdekatan, yang lebih memeritkan lagi keadaan hanya wang sagu hari berjumlah RM1000 diberikan kepada saudara Ahmad Zaini untuk memberi kerjasama@menurut perintah Pengurusan MAAHAD AL YAHYAWIYAH yang bersendikan BERKEBAJIKAN kononnya. Dan saya diberitahu TIDAK ADA PERUNTUKAN yang tersedia untuk pembinaan surau berkenaan TETAPI pihak Pengurusan MAAHAD AL YAHYAWIYAH berlaku KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN terhadap seorang guru yang 50 tahun bersama membangunkan MAAHAD AL YAHYAWIYAH.


Salah guna kuasa dan pampasan yang tidak masuk akal ini telah dimaklumkan kepada pihak Berkuasa Polis Cawangan KUALA KANGSAR :
 

 
kepada ADUN LUBUK MERBAU yang paling sepi di PERAK Selepas heboh janji 100 hari Pakatan, rakyat Lubuk Merbau khasnya pimpinan dan ahli PAS sendiri sedang menagih janji yang ditabur oleh Hj Zainuddin semasa kempen PRU 12.


Jika janji ini tidak dipenuhi menjelang PRU 13, diyakini aktivis PAS tidak akan bekerja membantu jentera pilihanraya pada PRU 13. Menurut mereka untuk Padang Rengas khasnya DUN Lubuk Merbau nasib Pakatan hanya bergantung kepada jentera PAS.

DAP dan PKR hakikatnya tidak pernah wujud sama sekali. Antara yang mereka tuntut ialah :-

1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas

2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen

3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau

4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal

5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam dan Taman Permai

6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat ijazah dan RM 500.00 untuk diploma

7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas

8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/tanggungan di DUN Lubuk Merbau

9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi

10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali Hari Raya Korban

Permintaan ini agak melampau. Tapi dia orang kata ini bukan permintaan tetapi janji YB Zainuddin sendiri khusus untuk orang Lubuk Merbau.

" Inilah janji yang menyebabkan kami kerja setengah mati untuk dia pada tahun 2008 ", kata salah seorang daripada mereka.

SUMBER BERITA DARI   http://daengselili.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment