Pages

Saturday, 20 October 2012

PAS FITNAH SETPOL MB PERAK !!! BUKTINYA ADA DISINI......

http://perakite.blogspot.com/2012/10/setpol-zambry-rasmi-konsert-amal-tiger.html

Setelah gagal untuk memfitnah Menteri Besar Perak, kini Pas menghalakan serangan kepada Setiausaha Politik MB iaitu Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie. Tanpa usul periksa blogger pembangkang terus menyerang setpol MB itu dengan menuduh Datuk Shalimin bersubahat dengan konsert amal yang ditaja oleh pengeluar minum arak Tiger Beer. Sebenarnya Datuk Shalimin dijemput oleh Pengerusi Majlis pembangunan Smjk Malaysia untuk Majlis Jamuan Makan Malam Amal bagi mengutip derma untuk Sekolah Smjk Hua Lian. Kerajaan juga melalui Kementerian Pelajaran telah memberi bantuan sebanyak RM700 ribu bagi membantu sekolah tersebut.

Sebagai setpol kepada Menteri Besar Perak maka amatlah tidak sopan sekiranya jemputan untuk perasmian ditolak, kerana ahli persatuan itu adalah rakyat negeri Perak.

Datuk Shalimin juga tidak mengetahui konsert amal yang dijalankan oleh persatuan itu telah ditaja oleh Tiger Beer. Datuk Shalimin dijemput hanya untuk merasmikan majlis makan malam anjuran persatuan tersebut dan bukannya merasmikan program Tiger Beer.

Budaya masyarakat cina sebenarnya memang biasa mengadakan program makan malam dengan menjemput pemimpin tinggi kerajaan untuk meminta sumbangan dan derma. Sebenarnya pemimpin pakatan rakyat juga sudah biasa terlibat dengan makan malam sebegini.

Fitnah sebegini memang amat disukai oleh pencacai pakatan rakyat. Pernah berlaku kejadian dimana seorang penyokong pas memaki hamun pemimpin umno hanya gara gara pensel sekolah anaknya hilang. Puak pencacai ni memang terkenal suka menyalahkan orang tanpa usul periksa serta memfitnah telah menjadi darah daging dan menjadi budaya mereka.

Dibawah ini saya sertakan juga gambar pemimpin pakatan rakyat yang menghadiri satu program anjuran DAP Ipoh Barat dimana program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan untuk Pilihanraya. Dalam program jamuan makan malam itu tiger beer dihidangkan juga di meja meja lain di belakang meja pemimpin melayu itu.

No comments:

Post a Comment