Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa
terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman
tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara
sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.
Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu
misi besar itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu
yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan
oleh Wee Choo Keong (gambar) (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari
ini.
Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa
Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman
dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah
pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif)
walaupun terbukti tidak berdaftar.
No comments:
Post a Comment