Pages
▼
Thursday 8 November 2012
APA LU BIKIN NI RAJAGOPAL !!!
SKUAD Kebangsaan sekali lagi dirundum malang apabila tewas 0-2 kepada Thailand dalam perlawanan persahabatan di Stadium Rajamangala National, malam ini.
Sebelum ini, Malaysia kecundang 0-1 di tangan Vietnam.
Kegagalan kali kedua sekali gus membuatkan misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini semakin terancam.
Thailand hampir menjaringkan gol pada minit ke-16, tetapi tandukkan terlalu tinggi.
Malaysia cuba menyerang, begitu pun mudah dipatahkan oleh pemain pertahanan Thailand.
Pada minit ke-24, Thailand yang memperolehi sepakan percuma sekali lagi hampir menjaringkan gol, namun sepakan terkena palang gol.
Gol semangat yang dicari tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-25 menerusi Prayat Bunya yang bijak menyudahkan hantaran sekali gus meletakkan Thailand selesa di depan.
Gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Datuk K.Rajagobal apabila turut melancarkan serangan ke kubu pasukan Thailand menerusi Aidil Zafuan pada minit ke-33, tapi berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.
Lima minit separuh masa kedua bermula, Malaysia diberikan sepakkan percuma. Tendangan Kunanlan mudah ditangkap penjaga gol Thailand.
Kunalan sekali lagi hampir menjaringkan gol pada minit ke-56, tetapi tendangan itu tinggi di kiri pintu gol Thailand.
Malaysia masih tidak berputus asa dalam melakukan percubaan menarik menerusi Baddrol pada minit 73, pun begitu ditangkap kemas penjaga gol Thailand.
Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila jaringan melalui rembatan padu Arthit pada minit ke-80 merealisasikan impian pasukan itu.
Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan berdepan Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 November depan.
No comments:
Post a Comment