Pages
▼
Friday, 30 November 2012
Hezbollah akui lancar pesawat intip ke Israel !!!
BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lubnan mengaku bertanggungjawab melancarkan sebuah pesawat risikan tanpa manusia ke Israel minggu lalu dan ia dihasilkan di Iran.
Sheikh Hassan Nasrallah berkata, pesawat itu melalui kawasan-kawasan sensitif di Israel.
"Pesawat ini bukan dibuat di Rusia, tapi pesawat ini buatan Iran," katanya lagi.
Katanya, pesawat itu dipasang oleh sebuah pasukan khusus Hezbollah.
"Rakyat Lubnan harus bangga dengan ini," katanya lagi.
Katanya, "misi ini bukan yang pertama dan juga bukan yang terakhir, insya-Allah."
Laporan media sebelum ini menyebut sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak sehingga jatuh oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi kawasan udara Semenanjung Gaza.
Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran pesawat pengintip sejak Sabtu lalu terbang di sekitar ruang udara Semenanjung Gaza tetapi bukan daripada wilayah Palestin.
Katanya, pihak Israel masih gagal mengesan tempat asal pesawat itu dan sedang melakukan siasatan selain mengesahkan tiada mana-mana pihak yang cedera di atas serangan itu.
Sementara itu, media tempatan melaporkan pesawat berkenaan tidak membawa sebarang alat letupan dan ia mungkin sebuah pesawat pengintipan.
Menembak jatuh pesawat pengintip yang melalui ruang udaranya bukanlah satu tindakan baru oleh tentera Israel, tetapi kes-kes serupa itu jarang sekali berlaku.
Dalam peperangan tahun 2006, kumpulan Hezbollah pernah melancarkan sebuah pesawat pengintip buatan Iran yang membawa bahan letupan ke ruang udara Israel namun telah ditembak jatuh.
No comments:
Post a Comment