Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas
yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di
Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah
ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Dr. Badrulamin Bahron.
Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang
diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin
Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.
No comments:
Post a Comment