Pemimpin pakatan pembangkang terutama Pas diminta
menghentikan tindakan mempolitikkan hukum hudud dengan menuduh kononnya
MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia bagi
menentang hukum tersebut.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, MCA
sebagai komponen Barisan Nasional (BN) kini dijadikan sasaran sedangkan
polemik hukum hudud bermula daripada dalam pakatan pembangkang sendiri
apabila ia ditentang keras DAP.
Menurut beliau, kenyataan terbaharu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua
Soi Lek memberi mesej jelas bahawa parti itu tidak memusuhi Islam
sebaliknya menentang hukum hudud versi Pas sebagai sebuah parti politik.
No comments:
Post a Comment