Pages

Thursday, 29 November 2012

ULAMA MASHYUR INDONESIA NASIHATKAN AGAR NURUL IZZAH BERTAUBAT !!!


Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu. 

No comments:

Post a Comment