Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang
menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam
kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.
Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui
suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya
keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.
Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar
pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.
Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.
“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan
seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki
itu lebih daripada dirinya.
“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki
‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.
Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.
Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan
teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya
tiada di rumah.
P/s : UUiiiiihhh..ingat kot Ahli PAS mana tadi Kantoi main dengan isteri orang, opsss....
HAHAHAHA
No comments:
Post a Comment