JAKARTA - Penyanyi kumpulan
muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran
dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar
dalam talian Kompas.com semalam.
Ariel atau nama sebenarnya
Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu
pejabat polis Metro Jaya di sini.
Pramugari berkenaan,
Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa
berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima
negara pada November lalu.
Namun, bekas penyanyi
kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita
tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja menuduhnya.
Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas.
Pada 31 Januari 2011, Ariel
dihukum penjara tiga tahun setengah kerana terlibat dalam penerbitan
pita video seks melibatkan wanita mirip dua selebriti Indonesia, Luna
Maya dan Cut Tari.
No comments:
Post a Comment