Pages
▼
Monday, 17 December 2012
BUKTI MELAYU & INDIA DI BANGSATKAN CINA DAP !!!
Pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa mereka akan mengalami kerugian jika DAP hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja.
Malahan mereka juga mengakui perjuangan untuk menduduki jawatan penting dalam parti itu masih sukar kerana majoriti ahli-ahli DAP masih belum memahami konsep parti pelbagai kaum.
Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton (gambar) berkata, mengambil contoh dirinya yang sudah berjuang hampir 36 tahun dalam DAP, beliau masih tidak mendapat kepercayaan perwakilan untuk mengundinya sekali gus gagal terpilih dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) semalam.
"Saya tidak kecewa walaupun tidak dipilih namun konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP masih tidak difahami oleh perwakilan yang mengundi.
"Faktor kekalahan saya semalam juga mungkin faktor penyakit angin ahmar yang pernah dihadapi saya sebelum ini. Jadi ada perwakilan yang memandang rendah kepada keupayaan saya disebabkan masalah ini," katanya ketika ditemui selepas Kongres DAP Kebangsaan Ke-16, di sini hari ini.
Dalam pengundian semalam, Ahmad hanya mendapat 347 undi dan sekadar berada di tangga ke-38 daripada 63 calon yang bertanding.
Berdasarkan pola pengundian semalam yang cenderung memilih calon berdasarkan keturunan dan populariti, Ahmad berkata, DAP akan hadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep 'Malaysian Malaysia'.
"Ahli DAP terutamanya generasi baru harus memahami maksud sebenar konsep parti pelbagai kaum yang diperjuangkan selama ini dan menjadi satu kerugian jika DAP hanya dikuasai kaum Cina sahaja.
"Perwakilan dan ahli parti generasi muda harus memahami dan belajar apa yang dimaksudkan dengan DAP yang sebenarnya lebih daripada satu bangsa," katanya.
Sementara itu, Senator Dr. Ariffin S.M. Omar yang kalah dalam pemilihan semalam berkata, konsep parti berbilang kaum yang dilaung-laungkan DAP masih belum diterima sepenuhnya oleh perwakilan sehingga tiada calon Melayu yang berjaya menembusi tembok kebal jawatan penting yang didominasi kaum tertentu dalam parti itu.
"Bagaimanapun saya tak kecewa dengan keputusan itu kerana saya pun masih baru di dalam DAP dan akan terus berjuang dalam parti.
"Apa yang penting ialah perjuangan orang Melayu di dalam parti ini dan saya akan terus kekal seperti mana Ahmad Nor yang pernah menjadi wakil rakyat di Bayan Baru," katanya.
Namun demikian, 'nasib' Ariffin lebih baik jika dibandingkan dengan Ahmad kerana beliau hanya baru dua tahun menyertai DAP berbanding Ahmad 36 tahun dan Ariffin bernasib baik apabila digemari oleh pemimpin utama DAP sehingga dilantik sebagai salah seorang Naib Pengerusi dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Kebangsaan.
Ariffin berkata, DAP juga tidak boleh meminggirkan kepentingan orang Melayu jika mahu meneruskan impian menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
"Dalam DAP sekarang, ramai pemimpin Melayu tidak dikenali dan ini menyukarkan mereka untuk meraih sokongan perwakilan DAP yang majoritinya adalah kaum Cina," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Antarabangsa yang dilantik, V. Sivakumar mengakui faktor populariti memainkan peranan penting bagi mendapat kepercayaan perwakilan untuk mengundi.
"Saya sebagai contoh mungkin hanya dikenali oleh perwakilan dari Perak disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Di peringkat kebangsaan pula, pengaruh masih kurang meluas.
"Sehubungan itu, bagi pemimpin India DAP, masih banyak yang perlu dilakukan untuk menguatkan pengaruh jika mahu meneruskan perjuangan dalam parti," katanya.
No comments:
Post a Comment