"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan
PAS sendiri memang tidak
mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan
sebuah negara Islam, dia
(DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu"
- Nik Aziz Nik Mat -
Hukum
hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang
yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan
sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi… ada tapinya…
Kata
Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan
selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat
Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat
dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.
Banyak
pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan,
nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan
draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya
tergantung setakat itu sahaja.
Keutamaan
dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada
soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi
keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.
Soal
perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun
ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan
mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud
barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.
No comments:
Post a Comment