Saya amat tertarik untuk bidasan komen
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap para Mufti di negara
ini supaya “tidak bermain politik di dalam jubah mufti” untuk
kepentingan pihak tertentu.
Saya menjangkakan bahawa kenyataan itu
ditujukan khas kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden
PAS, Abdul Hadi menarik balik amanat yang mengkafirkan UMNO pada tahun
1981.
Mufti Perak dan Wilayah Persekutuan itu
menggesa agar Hadi menarik balik “fatwa”nya yang dipercayai masih lagi
menjadi pegangan para “penganut agama PAS” di seluruh negara kerana
Presiden PAS itu masih belum lagi menarik balik tuduhan itu hingga kini.
Sedap sungguh mulut Nik Aziz nak
memfitnah Mufti-Mufti berkenaan. Kononnya Hj Hadi mempunyai ilmu yang
setaraf dengan Mufti-Mufti tersebut sehingga layak mengkafirkan orang
Islam lain, begitu?
Saya ingin bertanya kepada Mursyidul Am
PAS, apa yang dia akan rasa sekiranya UMNO menuduh PAS sebagai kafir?
Apa yang dia nak kata? “Celako..celako..celako”? Dia rasa nak maki hamun
UMNO atau mana-mana pihak yang berkata begitu?
Sebaliknya, UMNO yang dituduh kafir oleh
PAS tidak cepat melatah dan untuk berlaku adil, UMNO merujuk kepada para
Mufti yang bersifat bebas politik, diiktiraf dan bercakap berdasarkan
fakta dan ketinggian ilmu Islam yang mereka miliki.
Jadi, apa salahnya jika Mufti-Mufti
berkenaan mengeluarkan pandangan mereka dan menggesa agar Presiden PAS
untuk menarik balik tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap saudara
seagama itu?
Lagipun, kedua sahibussamahah itu
awal-awal lagi sudah memberi kenyataan bahawa pandangan mereka sama
sekali tidak berpaksikan kepada kepentingan politik mana-mana pihak dan
saya percaya mereka bercakap berdasarkan ilmu yang mereka miliki.
Sekiranya Nik Aziz berpendapat ilmu Hj
Hadi setaraf dengan ilmu yang dimiliki Mufti-Mufti berkenaan, ini
bermakna mereka masing-masing layak untuk mengutarakan pandangan
masing-masing.
Jadi, mengapa Nik Aziz perlu bersikap
berat sebelah dengan menyokong fatwa Hj Hadi dan tidak dapat menerima
pandangan dari Mufti-Mufti berkenaan.
Jika mahu dilihat dari sudut kepentingan
politik, kenyataan Hadi langsung tidak boleh digunapakai kerana dia
sememangnya ahli politik yang akan berfatwa mengikut selera fahaman
politiknya berbanding Mufti-Mufti yang lebih mementingkan kepentingan
Islam!
Nik Aziz sepatutnya mencermin diri
sendiri sebelum bertindak mengecam para Mufti yang ikhlas memberi
pandangan mereka mengenai senario umat Islam di negara ini.
Mursyidul Am PAS itu sepatutnya tidak mempermain-mainkan Islam di dalam jubah politiknya!
Apa yang dilakukan selama hayatnya itu
sangat ketara menunjukkan bahawa dirinya hanya mempergunakan Islam
sebalik jubah politik yang bersifat duniawi sehingga menyebabkan
berlakunya pepecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
Malah dalam skop yang lebih kecil, Nik
Aziz kini dikatakan punca pepecahan di dalam PAS sendiri di mana
golongan pro-ulama di dalam parti itu telah bertindak “mufaraqah”
menjarakkan diri dari kepimpinan parti itu yang kini lebih sekular dari
DAP!
Kem di dalam PAS bukan hanya terbelah
dua, malah dikatakan telah hancur lebur terbahagi kepada beberapa kem
yang menyokong beberapa ideologi. PAS musnah kerana fatwa-fatwa seorang
ahli politik tua yang berselindung di sebalik jubah orang Arab!
Nik Aziz adalah contoh terbaik ulama di
akhir zaman. Bila ditegur rakan-rakan ulama lain, dia akan menghentam
ulama-ulama yang menegurnya walaupun seisi dunia tahu betapa songsangnya
fatwa-fatwa yang dia keluarkan selama dia berkuasa di dalam PAS.
Kalau betul pun tidak bersetuju dengan
pandangan Mufti-Mufti berkenaan, apa salahnya jika dia menganjurkan
“syura” bagi berbahas mengenai khilaf pendapat sesama umat Islam? Atau
Nik Aziz sedar ilmunya cetek untuk berdepan dengan para Mufti?
Sebelum menutup mata, saya berharap dia
akan bertaubat dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini,
terutama saudara seagama yang pernah dia zalimi. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment