Pages

Wednesday, 19 December 2012

PAS HINA ULAMA MUDA !!! PAS TETAP LEBIH ISLAM DARI ISLAM....

seorang ustaz yg gua pernah jumpa, mmang sempurna sifatnya, mata gua slalu perhatikan tingkah lakunya...  lembut hati gua yg rock ni bila tgok cara seorg ustaz muda melayan kerenah anaknya sambil berceramah di hadapan penonton..  kini ustaz FATHUL BARI di hina dan di maki hamun dalam paper harakah. Beginilah cara PAS mengembangkan agama sesatnya...  mana2 ulama yg tidak sehaluan dgn mereka akan mereka serang habis-habisan...  ape pon lu org cuba baca cerita kt bawah ni..


Pengerusi  Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya, berkata mana-mana pemimpin Pas yang cuba menyamakan demonstrasi jalanan sesuatu yang dilakukan atas nama Islam perlu melihat semula asas amalan yang bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad saw dan bukannya dengan hanya mengikut pendapat golongan tertentu sahaja.
Justeru itu, beliau menasihati  umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan sebarang pendapat atau fatwa tidak rasmi yang  mengatakan bahawa demonstrasi jalanan itu berasal dari Islam kerana secara asasnya demonstrasi itu adalah haram, biarpun ada sesetengah ulama yang mengharuskan umat Islam mengadakan demonstrasi.
"Memang ada sesetengah ulama mengharuskan demonstrasi,  tetapi ia diharuskan berdasarkan situasi yang benar-benar memerlukan demonstrasi itu diadakan. Persoalannya, dalam konteks suasana politik di negara ini, adakah demonstrasi itu benar-benar diperlukani?
"Kalau kita tengok apa yang b! erlaku d alam demonstrasi Bersih 3.0 yang berlaku baru-baru ini, ternyata ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat. Malah, ia telah mendatangkan kemudaratan terhadap orang awam dan juga pihak berkuasa dengan berlakunya rusuhan yang mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
"Pihak penganjur sendiri secara jujur mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal dan mencegah sebarang kerosakan yang berlaku akibat demonstrasi itu. Jadi jelas, demonstrasi seperti itu  tidak membawa apa-apa kebaikan sebalik mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada orang awam," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Kata beliau lagi, kerana itu Islam lebih mengutamakan kaedah pencegahan untuk menolak sebarang kemungkinan berlakunya kemudaratan kepada orang lain, biarpun dalam usaha untuk menyelesaikan kemashalatan ummah.
"Kita bukan ikut cara Robin Hood. Di dalam Islam, tidak ada istilah matlamat menghalalkan cara. Mencuri harta orang kaya, untuk diberikan kepada orang miskin bukan cara yang dibenarkan di dalam Islam.
"Begitu juga dalam soal menegur pemimpin negara dan sebagainya. Ada cara dan adab yang telah digariskan oleh Al Quran dan sunnah untuk kita patuhi. Mungkin tujuan kita baik tetapi kita juga perlu menilai, apakah cara kita itu bertepatan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw?," soal beliau.
Secara prinsipnya di dalam Islam jelas beliau, amalan manusia sebagai satu ibadah kepada Allah memerlukan dua prinsip utama iaitu ikhlas, iaitu melakukan sesuatu ibadah itu hanya semata-mata kerana Allah dan bukan selain dariNya, dan yang kedua, amalan itu hendaklah bertepatan dengan cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad saw untuk dikategorikan sebagai satu amalan yang soleh.
"Inilah tafsir dari Ibnu Kathir terhadap ayat dalam surah Al Khafi ayat 110 yang bermaksud, "...Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
"Justeru itu, umat Islam perlu menilai semula, adakah tindakan mengadakan demostrasi ini benar-benar dilakukan kerana Allah semata-mata, tanpa ada niat untuk memancing undi atau mempengaruhi rakyat untuk memenangi pilihanraya? Dan adakah  ianya (demonstrasi) merupakan satu perbuatan yang  bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w  yang boleh kita kategorikan sebagai satu amalan soleh?," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment