Wanita India
yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi
sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari
ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk,
termasuk otak.
Pihak berkuasa
di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya
itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah
rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu
diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam
sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu.
Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu.
Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.
No comments:
Post a Comment