Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dianggap bodoh oleh cina DAP kerana membuat garis panduan menghalang wanita dari melakukan persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.
“Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita bukan Islam. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini seperti yang dipersetuji dalam buku Jingga,” kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.
Menurut Teo, Keputusan dari kerajaan negeri Kedah ini bertentangan dengan semangat slogan PAS iaitu ‘PAS for All’,” katanya lagi. Penyokong pembangkang kini mula mempersoalkan slogan “PAS for All”.
Lepas ini kita tunggu pula apa kata pemimpin Pas mengenai isu ini, adakah mereka akan tunduk kepada desakan cina DAP atau berjaya mempertahankannya.
No comments:
Post a Comment