Pages

Saturday, 19 January 2013

ahli dap kecewa !!!



DAP terus menerima tekanan daripada ahli-ahlinya berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu baru-baru ini yang disifatkan mereka mengandungi unsur-unsur manipulasi.
Terbaharu, dua lagi pemimpin DAP negeri ini hari ini, membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negeri ini, supaya siasatan terperinci dibuat terhadap keputusan pemilihan tersebut.
Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, K. Chelvam berkata, pihaknya mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengadakan semula pemilihan itu demi mengembalikan kredibiliti parti.
“Saya sudah lama dalam DAP dan telah ke Pulau Pinang, tetapi tidak dapat mengundi. Saya tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Dahulu memang saya percaya kepada DAP," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS negeri di sini.




No comments:

Post a Comment