Pages

Friday, 18 January 2013

LIM GUAN ENG ELAK KOMEN ISU KALIMAH ALLAH !!!


Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri,
Lim Guan Eng di sini hari ini gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu
 kalimah Allah dan keputusan Pas menolaknya.
"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum
 memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan
 tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri
di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.
Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Guan Eng dengan suara
 perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa- apa soalan tak?",
 sebelum bingkas bangun dan beredar.
Bagaimanapun, semalam seorang wartawan dikatakan bertanya soalan serupa
 dan beliau berkata, beliau tidak memberi sebarang komen secara lisan tetapi
akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.
Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Guan Eng dalam ucapannya sempena
Krismas lepas yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penganut
Kristian menggunakan perkataan Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak
 termasuk pihak Istana Selangor, namun Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu dan
 Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang,
 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.
Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan
 hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Guan Eng, malah menyatakan
yang kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan
 menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut.



“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “


No comments:

Post a Comment