Pages

Thursday, 17 January 2013

NASIB BOB LOKMAN SEKARANG !!!



  Gua kasihan melihat nasib Bob Lokman sejak menyertai PAS. Terbaru, beliau dilihat menjual 'kopi kuat' (belum ada kelulusan KKM) ketika hujan lebat di perhimpunan hijau.

Gelagat Bob ketika mempromosi 'kopi kuat' itu tidak ubah seperti peserta 'Raja Lawak' yang pernah diadili Bob.

Dengan memakai maskod 'unit amal PAS' serta 'berre' ala-ala komando berteriak ke hulu ke hilir memberitahu kehebatan 'kopi kuat' itu membuatkan mangsa kerahan ketawa terbahak-bahak. Ada juga yang gelak sinis.

Selepas menerima hidayah dari Allah swt dan sertai PAS, BOB sepatutnya menerima nasib yang lebih baik dari sekarang. Sekurang-kurangnya dilihat lebih tenang. Namun sebaliknya. Mungkin kerana sudah dijamin syurga ala PAS. 
Itulah kisah terbaru saudara Bob Lokman yang terkenal sebagai penggubah lagu 'Isabella'. 
Selain itu, menurut sumber, sekurang-kurangnya 50 buah bas dari Kelantan sahaja telah dikerah untuk membawa mangsa kerahan ke perhimpunan hijau. Majoritinya adalah warga tua yang diberi elaun sekitar RM50 - RM100 seorang.
Nampaknya, PAS sungguh terdesak bagi menunjukkan perhimpunan yang hambar itu kononnya mengalahkan perhimpunan manusia di 'padang mahsyar' kelak.


No comments:

Post a Comment