Pages

Friday, 18 January 2013

PEMBANGKANG TERDESAK POLITIKKAN MAJLIS BELIA !!!



Pertubuhan belia terbesar di negara ini, Majlis Belia Malaysia, akan 
mengadakan Mesyuarat Agung mereka pada hujung minggu ini. Sejak
 beberapa minggu lalu beberapa telah berlaku kempen dan pembentukan
 pasukan (chai) untuk menentang kepimpinan sedia ada. Sebagai
 pemerhati biasa pergerakan belia di negara ini saya melihat persaingan
 merebut jawatan dalam pertubuhan besar ini adalah satu proses biasa 
dalam kematangan demokrasi.

Dikhabarkan akan berlaku satu pertandingan secara besar-besaran antara

 dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan sebahagian besarnya 
penyandang jawatan yang diketuai oleh Presiden sekarang, Saudara 
Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz.
 Bagi kumpulan dijangka akan turut disertai saudara Muaamar Ghadafi Jamal
 Jamaludin yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MBM. Jawatan 
Timbalan Presiden kosong berikutan penyandangnya, Tuan Haji Shukor Yussof
 telah melebihi usia 40 tahun.

Gua melihat bahawa sepanjang dua tahun terakhir ini telah banyak 

perubahan dan pembaharuan dibuat oleh Maliki biarpun beliau bukanlah 
tokoh pemimpin yang dikenali ramai ketika mengambil alih MBM. Sepanjang 
dua tahun ini kepimpinan MBM sedia ada telah berjaya menyelamatkan 
Wisma MBM yang dirancang untuk dijual sebelum ini kerana masalah kewangan. 
Sebaliknya anak-anak muda ini telah menghidupkan kembali Wisma MBM 
dengan pembukaan kafe siber dan hostel. Ini seklaigus mewujudkan
 pendapatan sendiri bagi Wisma terbabit.

Selain itu, khabarnya banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewan

 Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah
 distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM
 sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana
 oleh kepimpinan sedia ada.

Namun “highlight” terbesar kepimpinan sedia ada tentulah kejayaan 

penganjuran Hari Belia Negara bersama Kementerian Belia dan Sukan
 yang telah diberi nafas baru dan mewujudkan gelombang keghairahan 
luar biasa sejak dua tahun kebelakangan ini.

Namun seperti kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan 

dapat sagunya. Justeru sungguhpun kepimpinan sedia ada telah menjalankan
 tugas dengan cemerlang, tidak ada salahnya jika mereka juga dicabar
 dalam pemilihan kali ini. Ini kerana mungkin terdapat pemimpin baru yang
 lebih hebat visi dan kemampuannya untuk membawa gerakan belia
 ke satu tahap yang lebih tinggi.





No comments:

Post a Comment