Pages

Saturday, 19 January 2013

SIAPA PALING LAYAK UNTUK MAJLIS BELIA MALAYSIA!!!


Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
 (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba 
berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis 
Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. 

 Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat 
ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan
 tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini? 

 Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais 
membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan 
sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS? 

 GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim 
berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak 
seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh 
Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri. 

Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu
 YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, 
Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri. 

Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam 
pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.

Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal
 mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini 
mereka diketuai oleh "penipu terkemuka"
 bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P. 

Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas
 Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan 
akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri.

Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri 
kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh 
menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat 
Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya 
bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.

Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan 
kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk 
Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya.
 Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh 
menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.

Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung"
 pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor 
sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi. 
Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti
 bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada
 Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk
 di pejabat Perdana Menteri.

Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu
 memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka
 mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.

pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang 
perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!




“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “

No comments:

Post a Comment