Pages

Thursday 14 February 2013

Kuasa Unit Amal Menyeruapai GANGSTER !!!


Banner protes kaum India terhadap Anwar Ibrahim dirampas dan di tores menggunakan pisau dan kaum India Sungai Rapat dihalau daripada laluan Anwar Ibrahim lalu menunjukkan Unit Amal Pas sudah jadi unit pengganas Pas dan wajib ditentang. banner menunjukkan bantahan kaum India terhadap Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai pengkhianat kaum India seperti trsgedi Kampung Buah Pala. Anwar berjanji tapi Anwar juga memungkiri janji.


Tidak habis dengan itu unit Amal Pas menaiki motosikal kemudian memukul Rela yang menjaga di tapak ceramah Ummi Hafilda, kata saksi.

Menurut saksi lagi Unit Amal Pas terlalu marah sebab ramai pengunjung yang datang dan singgah di tapak ceramah Ummi Hafilda dan bukannya tapak ceramah Anwar Ibrahim.

Keganasan yang sengaja ditimbulkan oleh pakatan pembangkang membuatkan ramai hadirin yang sepatutnya singgah di tapak ceramah Pas terus ke ceramah Ummi Hafilda.

Perancangan awal yang dipersetujui oleh Pas Pengkalan Pegoh iaitu ceramah berunsur perdebatan antara Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda di Padang bolasepak Kampung Pengkalan Pegoh tetapi perancagan itu ditukarkan pada saat-saat akhir oleh PKR Gopeng kerana tidak mendapat restu daripada Anwar Ibrahim.

Ditapak ceramah Ummi Hafilda menyaksikan lebih ramai pengunjung berbanding tapak Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masa UMNO/BN perlu menubuhkan unit keselamatannya sendiri kerana senario politik kini terlalu berbeza pakatan pembangkang menggunakan unit Amal mereka membuat tindakan sesuka hati mereka mengikut arahan ketua mereka dan pihak polis pun tidak lagi mereka hormati.

No comments:

Post a Comment